Selepas melihat reaksi masyarakat yang kurang senang dengan pewartaan pelitup muka, kerajaan bersetuju untuk menangguhkan perkara tersebut kepada 1 Januari 2023.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada Majlis Amanat Menteri Bersama Pihak Industri semalam (7 April 2022).
Sumber: The Malaysian Reserve
Mengulas lanjut, Alexander memaklumkan pihak mereka sebelum ini membuat keputusan untuk mewartakan pelitup muka bagi memastikan produk dihasilkan atau diimport memenuhi standard piawaian yang selamat.
Dalam pada masa sama, beliau turut menjelaskan bahawa pelitup muka fabrik juga termasuk dalam kategori yang memerlukan cop dari SIRIM.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.