Now Reading
Facemask Bukan Perubatan Perlu Ada Cop MS SIRIM Mulai 4 Julai Ini

Facemask Bukan Perubatan Perlu Ada Cop MS SIRIM Mulai 4 Julai Ini

Semua pelitup muka bukan perubatan perlu mempunyai cop dari MS SIRIM mulai 4 Julai 2022 bagi melindungi keselamatan pengguna.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bermula 4 Julai 2022, semua pengilang dan pengimport pelitup muka jenis bukan perubatan perlu memohon perakuan serta cop MS SIRIM dari SIRIM QAS International Sdn Bhd pada bungkusan atau kotak yang mudah dilihat oleh pengguna.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan produk tersebut akan diwartakan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Pewartaan itu bertujuan untuk memastikan semua pelitup muka bukan perubatan mematuhi standard keselamatan mengikut piawaian, berkualiti dan selamat digunakan.

Dalam masa yang sama, inisiatif ini dilakukan oleh KPDNHEP bagi mengatasi isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti dalam pasaran negara.

Pewartaan ini adalah sebagai salah satu langkah kerajaan atas semangat Keluarga Malaysia bagi menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Sumber: Lowyat

Boleh didenda jika tak patuh arahan

Menurut laporan, pengilang dan pengimport yang enggan mematuhi arahan berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan RM500,000 bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

Bagi individu pula, mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kedua pula, mereka boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd