Now Reading
Tak Berpindah Ke PPS? Ini Cara Untuk Anda Juga Terima Bantuan Wang Ihsan (BWI)

Tak Berpindah Ke PPS? Ini Cara Untuk Anda Juga Terima Bantuan Wang Ihsan (BWI)

Ketua Isi Rumah (KIR) perlu beri maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan nombor akaun bank serta alamat kepada Ketua Komuniti untuk disahkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Banjir yang berlaku di Selangor sememangnya memberi kesan kepada mangsa kerana segala harta benda tidak sempat diselamatkan. Ketika itu, nyawa lebih penting.

Ketika berlakunya banjir, ramai mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan menunggu bantuan seperti makanan, minuman, pakaian serta barangan asas lain.

Namun, ada juga mangsa yang memilih untuk berteduh buat sementara waktu di kediaman sendiri.

BACA JUGA: Sukarelawan Tegur Beberapa Kekurangan Untuk Diperbaiki Di PPS

BWI juga untuk yang tidak berdaftar bawah PPS

Buat setiap Ketua Isi Rumah yang berdaftar dengan mana-mana Pusat Pemindahan Sementara (PPS), mereka layak menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) bernilai RM1,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Jangan risau, mereka yang tidak berdaftar dengan mana-mana PPS juga layak mendapat bantuan berkenaan dengan mengikuti beberapa prosedur seperti berikut:

  • Ketua Isi Rumah (KIR) perlu beri maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, nombor akaun bank, serta alamat kepada Ketua Komuniti untuk disahkan.
  • Ketua Komuniti mengemukakan senarai KIR secara bertulis kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana.
  • BWI akan disalurkan dalam bentuk Electronic Fund Transfer (EFT) atau secara tunai.

Berikut adalah senarai Ketua Komuniti yang boleh dirujuk:

  • Pegawai Daerah
  • Penghulu
  • Ketua Kampung
  • Pengerusi Persatuan Penduduk
  • Pengerusi Badan Pengurusan Bersama
  • Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
  • Majlis Perwakilan Penduduk
  • Jawatankuasa Pembangungan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan
  • Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Penyelarasan DUN
  • Majlis Pengurusan Komuniti Kampung

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, boleh hubungi NADMA di talian 03-80642400.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd