Now Reading
‘Long Tiger’ Akhirnya Jatuh Ke Tangan Pihak Berkuasa

‘Long Tiger’ Akhirnya Jatuh Ke Tangan Pihak Berkuasa

Sepasukan polis Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor yang melakukan risikan menerima maklumat mengatakan Long Tiger bersembunyi di sebuah rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada 15 Disember lalu telah berlakunya satu kes di mana seorang lelaki berketurunan Rohingya diburu polis selepas berjaya melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor.

Suspek, Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, atau lebih dikenali sebagai ‘Long Tiger’ berjaya meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraan bermula.

Suspek yang dikenali sebagai Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab. Hamid.
(Kredit: Media Mulia/Kosmo)

Susulan kes ini, pada 22 Disember lalu, pasangan suami isteri warga tempatan berusia 41 dan 43 tahun ditahan pihak polis selepas didakwa bersubahat melindungi tahanan yang diburu polis iaitu ‘Long Tiger’.

BACA LANJUT: Polis Tahan Suami Isteri Cuba Lindungi ‘Long Tiger’


Akhirnya diberkas polis

Menurut laporan, selepas 13 hari bersembunyi – ‘Long Tiger’ telah berjaya diberkas oleh pihak polis semalam (28 Disember).

Difahamkan, suspek telah ditahan dalam operasi khas yang dijalankan polis di Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah.

Sepasukan polis Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor yang melakukan risikan menerima maklumat mengatakan Long Tiger bersembunyi di sebuah rumah.

Ketika ditahan kira-kira jam 3 petang, suspek dikesan sekali lagi cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung namun tergelincir jatuh di lantai dapur.

Bertindak daripada maklumat itu, sepasukan polis bergegas ke rumah terbabit namun penghuninya enggan membuka pintu dan ketika itu Long Tiger dilihat sudah memanjat bumbung untuk meloloskan diri. Anggota polis terpaksa memecahkan pintu dan mengarahkan Long Tiger turun daripada bumbung namun dia tergelincir dan terjatuh.

Menerusi sumber kepada Berita Harian.

Berikutan itu, Long Tiger kini mengalami kecederaan di kepala dan anggota badan kerana terjatuh dari bumbung rumah terbabit.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dijangka mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini, jam 12 tengah hari.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd