Now Reading
Polis Tahan Suami Isteri Cuba Lindungi ‘Long Tiger’

Polis Tahan Suami Isteri Cuba Lindungi ‘Long Tiger’

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan kepada orang ramai untuk tidak memberi sebarang perlindungan kepada Long Tiger.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada 15 Disember lalu telah berlakunya satu kes di mana seorang lelaki berketurunan Rohingya kini diburu polis selepas berjaya melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor.

Suspek, Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, atau lebih dikenali sebagai ‘Long Tiger’ dipercayai berjaya meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraan bermula.

Menurut laporan, suspek telah diambil oleh pihak polis di penjara Sungai Udang, Melaka pada 14 Disember untuk perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

BACA JUGA: ‘Long Tiger’ Diburu Polis Selepas Berjaya Lolos Dari Lokap Mahkamah

Suami isteri didakwa bersubahat lindungi ‘Long Tiger’

Pasangan suami isteri warga tempatan berusia 41 dan 43 tahun ditahan pihak polis selepas didakwa bersubahat melindungi tahanan yang diburu polis iaitu ‘Long Tiger’.

Memetik laporan, kedua-dua suspek ditahan di Balai Polis Bukit Gambir lewat malam semalam dan kini direman sehingga Jumaat (24 Disember) bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan kepada orang ramai untuk tidak memberi sebarang perlindungan kepada ‘Long Tiger’.

Kredit: JohorKini

Mereka yang berbuat sedemikian juga boleh ditahan pihak polis sebagaimana yang berlaku kepada dua warga tempatan yang direman semalam.

Saya menyeru kepada orang awam untuk tidak melindungi Long Tiger kerana dia sedang diburu oleh pihak polis. Mana-mana pihak yang cuba untuk melindungi Long Tiger akan ditahan polis.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Dua anggota polis digantung tugas

Selain itu, dua anggota polis juga ditahan dan digantung tugas kerana disyaki terlibat secara langsung atas kesalahan kecuaian yang menyebabkan tahanan itu berjaya melarikan diri.

Laporan media memaklumkan dua anggota polis berkenaan tidak dituduh lagi di mahkamah tetapi kesalahan yang dilakukan itu dianggap serius dan tindakan terhadap tugas mereka perlu diambil.

Kita akan siasat daripada segala aspek sama ada atas betul-betul berlaku kecuaian atau terdapat unsur bersubahat mahupun rasuah yang terlibat.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd