Now Reading
‘Long Tiger’ Diburu Polis Selepas Berjaya Lolos Dari Lokap Mahkamah

‘Long Tiger’ Diburu Polis Selepas Berjaya Lolos Dari Lokap Mahkamah

Susulan kes ini, seramai empat anggota polis yang bertanggungjawab mengiringi suspek ke mahkamah juga akan disiasat di bawah Seksyen 233 kerana kecuaian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam (15 Disember) telah berlakunya satu kes di mana seorang lelaki berketurunan Rohingya kini diburu polis selepas berjaya melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor.

Suspek, Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, atau lebih dikenali sebagai ‘Long Tiger’ dipercayai berjaya meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraan bermula.

Menurut laporan, suspek telah diambil oleh pihak polis di penjara Sungai Udang, Melaka pada 14 Disember untuk perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, prosiding yang sepatutnya bermula pukul 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguam bela tertuduh.

Suspek yang dikenali sebagai Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab. Hamid.
(Kredit: Media Mulia/Kosmo)

Bagaimanapun, beberapa anggota polis yang membawa suspek ke mahkamah menyedari tertuduh sedang cuba melarikan diri apabila melihat dia keluar ke pintu utama mahkamah menuju ke pagar

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat.

Menurut Mohd Fadhil, empat anggota polis terbabit bersama pengawal keselamatan cuba mengejar suspek, namun dia terus menuju ke semak berdekatan sebelum hilang dan gagal dikesan.

Jarak suspek dan anggota polis terlampau jauh menyebabkan dia sukar diberkas. Suspek telah melalui kawasan semak berdekatan bersama gari di tangan.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat.

Pihak polis turut meminta kerjasama orang ramai yang terlihat suspek atau mempunyai maklumat berhubung lokasi tertuduh untuk segera hubungi pihak polis.

Susulan kes ini, seramai empat anggota polis yang bertanggungjawab mengiringi suspek ke mahkamah juga akan disiasat di bawah Seksyen 233 kerana kecuaian.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd