Now Reading
Penunggang Motor Tercampak Atas Bumbung Lepas Bertembung Dengan Kereta

Penunggang Motor Tercampak Atas Bumbung Lepas Bertembung Dengan Kereta

Pemandu kereta jenis Honda Civic itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, tular di media sosial apabila netizen memuat naik video seorang penunggang motosikal yang dilaporkan telah tercampak ke atas sebuah bumbung bengkel di sebelah kiri jalan.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas motosikal berkenaan bertembung dengan sebuah kereta Honda Civic yang memandu dari arah berlawanan.

Ketika kejadian, pemandu kereta Honda Civic berusia 36 tahun itu dilihat cuba untuk memotong sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

Kemalangan yang berlaku di Bachok, Kelantan itu telah mengakibatkan penunggang motosikal yang dikenali sebagai Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakaria berusia 19 tahun patah paha kiri dan tangan kiri.

Laporan Kosmo memaklumkan mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk menerima rawatan.

Keadaan kedua-dua kenderaan itu juga dilihat agak teruk selepas terlibat dalam insiden terbabit.

Pemandu kereta positif dadah

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan Superitendan Shuhaimi Jusoh, siasatan mendapati bahawa pemandu kereta itu positif dadah jenis Methamphetamine selepas ujian saringan air kencing dilakukan.

Bukan itu sahaja, pihak polis turut terjumpa dadah jenis heroin seberat tiga gram dan 102 pil kuda bernilai RM3,200 ketika pemeriksaan dilakukan pada tubuh badan pemandu berkenaan.

BACA JUGA: Kemalangan Di Jalan Ipoh: Polis Sahkan Pemandu Lori Positif Dadah


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd