Now Reading
Kemalangan Di Jalan Ipoh: Polis Sahkan Pemandu Lori Positif Dadah

Kemalangan Di Jalan Ipoh: Polis Sahkan Pemandu Lori Positif Dadah

Pemandu lori tersebut merupakan seorang lelaki berbangsa Melayu yang memandu dari arah Jalan Duta ke Sentul.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Petang tadi telah berlakunya kemalangan ngeri yang melibatkan 6 buah kenderaan di lampu isyarat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Kemalangan tersebut berlaku melibatkan sebuah lori dan lima buah kereta.

BACA SINI: [Video] Myvi Kuning HANCUR Dirempuh Lori Tapi Pemandu Dapat Keluar Dengan Bantuan Orang Awam

Kredit: Twitter

Ketua Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik ACP Sarifudin Mohd Salleh telah mengeluarkan kenyataan mengenai kemalangan tersebut dan mengesahkan bahawa pemandu lori tersebut merupakan seorang lelaki berbangsa Melayu yang memandu dari arah Jalan Duta ke Sentul.

Ketika di lampu syarat Jalan Ipoh, lori terbabit telah gagal dikawal dan merempuh dengan laju lima buah kenderaan lain yang sedang berhenti.

Kelima-lima kenderaan terlibat adalah Myvi berwarna kuning, Proton X70, Honda HRV, Peugot 208 FL dan Myvi berwarna putih.

Pemandu Myvi kuning mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan mendapat rawatan di zon hijau Hospital Besar Kuala Lumpur. Manakala, pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan parah.

Pemandu lori positif dadah

Hasil siasatan mendapati pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah ditahan untuk dibuat ujian alkohol. Hasil ujian tersebut menunjukkan pemandu tidak berada dalam pengaruh alkohol.

Namun, seterusnya pihak polis meneruskan dengan ujian air kencing dan mendapati pemandu lori terbabit positif dadah jenis Methaphetamine dan Amphetamin.

Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 44(1A) APJ 1987.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd