Kerajaan Tekad Jadikan ‘Stalking’ Satu Jenayah Bermula Tahun Ini – WAO
Kertas Dasar berserta cadangan pindaan undang-undang dijangka untuk dibentangkan di Jemaah Menteri pada bulan Disember 2021.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Satu mesyuarat telah diadakan oleh Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) di Parlimen pada 2 November bagi membincangkan status kemas kini mengenai usaha menjenayahkan “stalking”.
Mesyuarat ini diurusetiakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dan dihadiri oleh agensi kerajaan termasuk Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia, wakil-wakil dari pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Women’s Aid Organisation (WAO) dan ahli-ahli akademik.
Dalam mesyuarat ini juga, tiga orang pemandiri ‘stalking’ telah berkongsi pengalaman mereka sebagai mangsa yang masih tidak diberikan perlindungan disebabkan jurang yang wujud dalam undang-undang sedia ada.
WAO juga telah menyerahkan memorandum yang telah ditandatangani oleh 52 kumpulan dan petisyen yang disokong lebih 8,500 orang setakat ini – kepada Timbalan Menteri yang menggesa Kerajaan segera menjenayahkan ‘stalking’.
Usaha untuk menjadikan stalking sebagai satu jenayah telah bermula sejak tahun 2019 di mana satu Jawatankuasa Anti-Stalking telah ditubuhkan. Sejak awal 2020, draf pindaan undang-undang (pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah) telahpun disediakan oleh Jawatankuasa Anti-Stalking yang diterajui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dengan penglibatan agensi-agensi kerajaan lain dan NGO.
Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).
Beliau juga meyakinkan bahawa kerajaan memberikan komitmen agar ‘stalking’ dijadikan sebagai satu jenayah di Malaysia.
Dalam masa yang sama sehingga ia dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Mas Ermieyati berhasrat untuk mengadakan pertemuan bersama Ahli-Ahli Yang Berhormat, Agensi-agensi Kerajaan dan NGO berkaitan untuk memberikan gambaran kepada orang ramai dan lebih memahami kesan perbuatan ini kepada masyarakat.
Kertas Dasar berserta cadangan pindaan undang-undang dijangka dibentangkan di Jemaah Menteri pada bulan Disember 2021 dan pindaan tersebut akan dibentangkan di Parlimen setelah mendapat persetujuan Jemaah Menteri.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



