Now Reading
Tak Perlu Swab Test Covid-19 Untuk Masuk Langkawi – KJ

Tak Perlu Swab Test Covid-19 Untuk Masuk Langkawi – KJ

Walau bagaimanapun, pelancong digalakkan untuk membuat ujian saringan kendiri terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil keputusan untuk menghentikan keperluan ujian pengesanan Covid-19 kepada semua pelancong yang ingin memasuki Pulau Langkawi berkuat kuasa serta merta.

Namun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menggalakkan pelancong yang ingin mengunjungi pusat peranginan itu untuk menjalani ujian saringan kendiri terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga.

Setakat Ahad lalu (10 Oktober), seramai 54,341 pelancong sudah menjalani ujian pengesanan COVID-19 dan hanya 216 orang sahaja (0.4%) dikesan positif.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Laporan media memaklumkan tiada lagi kluster Covid-19 dikesan berpunca daripada gelembung pelancongan di Langkawi.

Ketika gelembung pelancongan Langkawi bermula sejak 16 September lalu, kesemua pelancong diwajibkan untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum dibenarkan memasuki pulau berkenaan.

BACA JUGA: Nak Pergi Langkawi? Dah Buat COVID Test Belum?

Namun, bagi individu yang mengalami gejala seperti demam, batuk dan selesema dinasihati untuk menangguhkan dahulu perjalanan.

Tindakan ini penting demi melindungi diri dan orang lain daripada terkena jangkitan Covid-19.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd