Now Reading
Nak Pergi Langkawi? Dah Buat COVID Test Belum?

Nak Pergi Langkawi? Dah Buat COVID Test Belum?

Semua pelancong berumur 7 tahun keatas wajib menjalani ujian COVID untuk berlepas ke Langkawi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


“Kita perlu berhati-hati,” kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam pengumumannya baru-baru ini.

Di dalam pengumuman tersebut, beliau menyatakan bahawa para pelancong yang berhajat untuk mengunjungi pulau tersebut hendaklah menjalani ujian COVID dalam jangkamasa 48 jam sebelum berlepas.

KJ mengulas yang semua pelancong domestik dari umur 7 tahun ke atas wajib menjalani ujian tersebut sebelum dibenarkan untuk pergi ke Langkawi.

Ujian bagi kanak-kanak kecil berusia 6 tahun kebawah akan dijalankan sekiranya kanak-kanak tersebut mampu menghasilkan sampel yang mencukupi.

Saringan akan dijalankan di lapangan terbang dan terminal feri menuju ke pulau Langkawi dan hanya pelancong yang mempunyai hasil ujian negatif akan dibenarkan berlepas.

Bagi mereka yang didapati positif, bersama dengan kontak rapat, tidak dibenarkan melancong, akan menjalani isolasi dan akan dikendalikan sewajarnya.

Terdapat 3 cara untuk pelancong menjalani ujian COVID:

  • Pelancong boleh menjalani ujian COVID di mana mana klinik kerajaan atau swasta 48 jam sebelum waktu pelepasan, dan membawa bersama bukti hasil ujian negatif ke lokasi pelepasan.
  • Pelancong boleh membeli kit ujian kendiri, dan jalankan ujian tersebut di lokasi pelepasan di kawasan yang disediakan.
  • Beli kit ujian kendiri di lokasi pelepasan, dan jalani ujian tersebut serta merta.
https://twitter.com/Khairykj/status/1438027765064814596

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd