Now Reading
[Video] “Dari Saiz XL Jadi Saiz M” – Baju Songket Mengecut Selepas Digosok

[Video] “Dari Saiz XL Jadi Saiz M” – Baju Songket Mengecut Selepas Digosok

Menurutnya, dia menggosok baju songket itu menggunakan ‘steam iron’ yang tidak akan menyebabkan kain terbakar walaupun dibiarkan di atasnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam menghadapi persediaan berhari raya, orang ramai pasti sudah mula menyiapkan baju baharu agar tidak perlu kelam-kabut di pagi raya.

Kalau anda bercadang untuk mengenakan pakaian songket pada hari raya nanti, ini tips untuk anda agar tidak mengulang kesalahan yang menyebabkan kain songket rosak sehingga tidak boleh dipakai lagi.


Songket Mengecut Apabila Digosok

Baru-baru ini tular di TikTok video dimuat naik seorang wanita yang dikenali sebagai Idayu Oumor, menunjukkan dia sedang menggosok baju raya songket.

Walau bagaimanapun, baju songket miliknya itu dilihat telah mengecut sebaik sahaja dia menggosoknya. Dia turut berseloroh jika ada individu bersaiz M yang ingin membeli baju tersebut, pilih saiz XL kerana ia akan mengecil setelah digosok.

Menerusi ruangan komen, dia menerangkan bahawa dia menggosok baju itu menggunakan ‘steam iron’ yang tidak akan menyebabkan kain terbakar walaupun dibiarkan di atasnya.

Katanya lagi, baju tersebut tidak boleh dipakai olehnya kerana terlalu kecil dan bahagian dalam baju menjadi sangat kasar.

Gambar sekadar hiasan.
(Sumber gambar: Songket Dunia)

Netizen Kongsi Pengalaman Mengendalikan Kain Songket

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai berkongsi cara yang digunakan mereka untuk menggosok kain songket.

Seorang wanita yang mengambil upah menggosok pakaian, berkata kain songket hanya boleh digosok menggunakan seterika biasa sahaja dengan tetapan suhu sutera.

Selain itu, ada juga yang menggosok songket dengan cara melapik kain lain di atasnya.

Di samping itu, beberapa individu berkongsi bahawa tukang jahit mereka meminta kain songket dicuci terlebih dahulu sebelum dijahit atau dijahit lebih besar sedikit agar tiada masalah menjadi terlalu ketat apabila ia mengecut.

Namun ada juga yang mengambil ‘kebaikan’ daripada situasi songket mengecut ini. Seorang wanita berkata dia telah menggosok baju songketnya yang besar dengan suhu tinggi kerana tidak sempat dihantar kepada tukang jahit untuk ‘alter’.

@idayuoumor

Weh kalau nk gak beli baju ni…yg mana saiz M tu..ambik xl…lps iron auto jadi kecik..aku xboleh pakai terus…dalam dia sangatlah kasar…Harga beli RM100+ jugak ye..So ape aku nk buat ngn baju ni…dh la beli sebelum puasa.. #bajusongket #songketkecut #songket2024 #shikshakshok #fyp

♬ shik shak shok – cinq-sept

Cara Menggosok Kain Songket Agar Tidak Kecut

Seorang pereka pakaian, Hafiq Mohd, telah berkongsi cara menggosok kain songket agar ia tidak mengecut.

Mula-mula, kain songket perlu direndam di dalam air tapisan semalaman. Kemudian perah secara lembut dan keringkannya. Apabila kain agak kering sedikit, seterika ia dengan secara sekali lalu sahaja dan tidak perlu ditekan.

Pastikan anda menggosok kedua-dua bahagian kain songket.

Namun begitu, cara ini agak memakan masa. Sebaliknya, boleh juga hanya menyemburkan air tapisan ke atas kain dan terus menggosoknya sekali lalu di kedua-dua belah permukaan.

Menurutnya, sekali jenis songket dan kain tenun akan mengecut jika digosok. Tambahnya lagi, jika songket dijahit dengan kain interlining di bahagian dalam, tiada masalah untuk menggosoknya secara terus kerana ia akan mengekalkan bentuk songket.

@hafiq_mohd

Anda pernah tak alami “Songket kecut” Jika anda rasa bermanfaat boleh save dan share vedio ini #songketmengecut #tipssongket #songket

♬ original sound – HAFIQ MOHD – HAFIQ MOHD

Cara Basuh Kain Songket

Setelah tahu cara menggosok kain songket yang betul, penting juga untuk mengetahui cara membasuhnya agar tidak rosak. Dan perlu ingat bahawa kain songket tidak boleh dibasuh menggunakan mesin basuh.

Sebaliknya, hanya rendamkan kain di dalam air dicampur dengan sabun yang lembut atau pelembut selama satu jam. Setelah itu, air tersebut dibuang dan dimasukkan air baharu sebagai bilasan.

Pastikan kain songket tidak diperah kerana benangnya boleh terputus. Ia kemudiannya perlu dijemur di tempat yang teduh dan berangin.

Jangan jemur secara langsung di bawah cahaya matahari kerana suhu panas boleh merosakkan kain songket dan melunturkan warnanya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd