Now Reading
Kelantan Buat Solat Hajat Di Jambatan Tendong Setelah 4 Kes Terjun Sejak 2021

Kelantan Buat Solat Hajat Di Jambatan Tendong Setelah 4 Kes Terjun Sejak 2021

Majlis Solat Hajat tersebut telah dijalankan di Jambatan Tendong, Pasir Mas dan dihadiri lebih 500 orang jemaah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes terjun ataupun terjatuh dari jambatan telah banyak berlaku di Malaysia. Walaupun ada yang bernasib baik dan sempat diselamatkan oleh orang awam di kawasan berdekatan, ada juga yang ditemukan telah lemas.

Salah satu jambatan yang menjadi lokasi terjun adalah Jambatan Tendong yang terletak di Pasir Mas. Kerajaan negeri Kelantan telah mengadakan solat hajat di jambatan berkenaan hari ini (5 Februari 2024).

Menurut Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, solat hajat seharusnya boleh dilakukan di mana-mana, namun jambatan tersebut dipilih oleh kerajaan negeri kerana kini kerap menjadi lokasi individu terjun.

Tambahnya ketika ditemui pihak Berita Harian selepas Majlis Solat Hajat di Jambatan Tendong, sekiranya masjid menjadi lokasi terjun, mereka akan melakukan solat hajat berkenaan di masjid dan bukan di jambatan.

Orang terjun dari atas jambatan, bukan atas masjid. Kalau orang terjun atas masjid kita buat solat hajat atas masjid. Sebab dia (orang) terjun di sini (jambatan) kita solat hajat di sini. Namun, solat hajat boleh di mana-mana, tetapi kerana di sini tempat orang terjun kita buat di sini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Lebih 500 Jemaah Hadiri Majlis Solat Hajat

Diimamkan oleh Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan dan Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang, solat hajat tersebut telah dihadiri lebih 500 orang jemaah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan turut hadir ke majlis berkenaan.

@akhimal81

Ikhtiar kepada allah sentiasa. Mudahan Rakyat Kelantan sentiasa dipelihara. Amin. #anakmuda #Hello2024 #kelantantiktok

♬ Maula Ya Salli Wa Sallim – Abu Ubayda

17 Kes Terjun Jambatan Di Kelantan Sejak 2021

Di Kelantan sahaja terdapat sebanyak 17 kes terjun jambatan direkodkan dalam tempoh empat tahun sejak 2021.

Menurut Pengarah Bomba Negeri Kelantan, Zainal Madasin, individu yang terlibat dalam kesemua kes tersebut telah ditemukan lemas.

Dia berkata Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu merupakan lokasi paling banyak terjunan berlaku di Kelantan iaitu sembilan kes.

Ini diikuti dengan empat kes di Jambatan Tendong, serta satu kes masing-masing di Jambatan Salor dan Pak Nik Lah di Kota Bharu, Wakaf King di Tumpat dan Tok Bali di Pasir Puteh.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Ini Tak Jadi Terjun Jambatan Di Terengganu Lepas Dipujuk Orang Awam

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki 28 Tahun Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Tinggal Kereta & Barangan Peribadi


Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

  • MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/
  • BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/
  • ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline:  +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd