Disyaki Minta Habuan Seks Dari Seorang Wanita, Anggota Penguatkuasa Ditahan SPRM
Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebagai seorang pekerja khususnya anggota penguatkuasa atau badan beruniform, setiap tugas yang diberikan perlu dilakukan dan dilaksanakan dengan baik.
Ini penting agar imej dan integriti sesuatu pekerjaan itu terpelihara dan dihormati oleh masyarakat.
Namun, gara-gara sikap segelintir individu yang tidak bertanggungjawab ketika melaksanakan tugas, ia boleh mencalarkan imej yang dimiliki.
Minta Habuan Seks Sebagai Balasan
Gara-gara meminta habuan seks sebagai balasan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam yang dipercayai anggota agensi penguatkuasaan.
Menurut Berita Harian yang memetik sumber, anggota penguatkuasa itu ditahan kerana disyaki meminta habuan seks daripada seorang wanita sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadapnya.
Difahamkan, wanita berkenaan gagal melapor diri secara bulanan atas kesalahan yang berkaitan dengan dadah kepada agensi tersebut.
“Wanita berkenaan pernah ditahan atas kesalahan dadah dan sedang menjalani tempoh pengawasan dua tahun di sebuah agensi penguatkuasaan di Johor Bahru,” kata sumber.
Penahanan lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an itu dibuat oleh SPRM dalam operasi khas di sebuah hotel di Johor Bahru ketika dia bersama wanita yang berumur dalam lingkungan 20-an kira-kira jam 7.30 malam semalam (9 November).
Perintah Tahanan Reman Selama 4 Hari
Susulan daripada penahanan itu, Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini (10 November) membenarkan permohonan reman selama empat hari sehingga Isnin (13 November) terhadap lelaki berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Chai Ing Hie membenarkan permohonan tersebut selepas dikemukakan oleh SPRM pagi tadi.
Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan tersebut dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Baca Artikel Berkaitan: Amalan Rasuah Di Malaysia Berada Pada Skala Bahaya – Sultan Nazrin
Baca Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Sebak, Tekad Akan Terus Perangi Rasuah Selepas Tayangan ‘Anwar, The Untold Story’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram