Now Reading
SPRM Dapat Kebenaran PM Siasat Kes Rasuah Melibatkan Menteri & Pegawai

SPRM Dapat Kebenaran PM Siasat Kes Rasuah Melibatkan Menteri & Pegawai

Menurut Azam Baki, Anwar Ibrahim telah memberi lampu hijau kepada SPRM untuk menyiasat mana-mana individu yang dikaitkan dengan rasuah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, gejala rasuah dilihat sebagai perkara yang biasa hingga ada tinjauan menunjukkan ramai rakyat Malaysia menganggap ia sesuatu yang normal walaupun hakikatnya perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang.

Kebanyakan kes sering melibatkan jumlah bernilai puluhan ribu malah ada yang mencecah sehingga jutaan ringgit.

Malah, ketika ini, ada di kalangan ahli politik, menteri dan pegawai kerajaan berdepan dengan tuduhan rasuah.

Perdana Menteri Beri Kebenaran Kepada SPRM

Bagi mengelakkan gejala rasuah semakin berleluasa dan serius terutama dalam kalangan menteri dan pegawai, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan ‘lampu hijau’ kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, Anwar pernah memaklumkan kepada beliau bahawa SPRM tidak perlu menunggu arahannya bagi menjalankan siasatan ke atas mana-mana individu yang dikaitkan dengan rasuah.

“Pernah dia (Anwar) berkata kepada saya, Azam, kalau sekiranya ada pegawai kerajaan, menteri-menteri kaya ke atau pegawai khas saya ke, atau mana-mana pegawai khas, kalau sekiranya anda rasa ada mereka melakukan rasuah, sila siasat.

“Jangan tunggu untuk arahan atau kebenaran dari saya, saya berikan anda kebenaran untuk menyiasat mereka,” kata beliau.

Apa Itu Rasuah?

Berdasarkan laman web rasmi SPRM, rasuah merupakan penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan kepada individu untuk tidak atau melakukan perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

Rasuah boleh datang dalam pelbagai bentuk antaranya seperti:

  • Wang
  • Upah
  • Hadiah
  • Undi
  • Bonus
  • Jawatan
  • Diskaun
  • Perkhidmatan

Buat anda yang mempunyai maklumat berkaitan dengan gejala rasuah, anda boleh melaporkannya melalui lapan cara di bawah:

  • Email ke info@sprm.gov.my
  • Talian bebas tol 1-800-88-6000
  • SMS ke talian 019-6000 696
  • Faks aduan ke talian 03-8870 0934
  • Surat menyurat di alamat : Ibu Pejabat SPRM No. 2, Lebuh Wawasan, Presint 7, 62250 Putrajaya
  • Muat turun aplikasi Mobile SPRM melalui Applestore dan Playstore
  • Portal Aduan Rasuah SPRM
  • Hadir terus ke Pejabat SPRM yang berdekatan

Baca Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Sebak, Tekad Akan Terus Perangi Rasuah Selepas Tayangan ‘Anwar, The Untold Story’

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Bakal Pinda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat Isu Rasuah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd