Now Reading
Kerajaan Bakal Pinda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat Isu Rasuah

Kerajaan Bakal Pinda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat Isu Rasuah

Akta ini akan memberi perlindungan kepada pemberi maklumat daripada sebarang tindakan memudaratkan akibat daripada pendedahan yang telah dibuat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, hari ini (24 Februari), Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani dengan peruntukan berjumlah RM388 bilion bagi tahun 2023 di Parlimen.

Ketika pembentangan, Anwar dalam masa yang sama turut mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan meminda serta membentangkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower).

Jelas Anwar, pindaan ini adalah untuk melindungi pemberi maklumat supaya agenda membanteras rasuah dan salah laku benar-benar dapat dilaksanakan dan menuaikan hasil.

Selama ini ada orang berasa curiga, takut dan menerima tekanan, apabila ingin memberikan maklumat.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk pengetahuan umum, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat merupakan satu akta untuk menggalakkan pendedahan maklumat mengenai sebarang jenayah rasuah atau salah laku lain.

Akta ini bakal memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat daripada sebarang tindakan memudaratkan akibat daripada pendedahan yang telah dibuat.


Syarat Perlindungan.

Mengikut akta sedia ada pada ketika ini, syarat-syarat untuk memberikan perlindungan adalah seperti berikut:

  • Pemberi maklumat bersedia untuk dikenali oleh SPRM.
  • Pemberi maklumat hadir sendiri dan berjumpa dengan pegawai SPRM sama ada di pejabat atau di mana-mana tempat.
  • Sekiranya pendedahan Kelakuan Tidak Wajar dibuat melalui surat/emel/panggilan telefon/khidmat pesanan ringkas, pemberi maklumat perlu menyatakan identiti dan alamat atau cara bagaimana beliau boleh dihubungi.

Menurut pihak SPRM, terdapat beberapa jenis perlindungan yang ditawarkan iaitu:

  • Identiti pemberi maklumat serta maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan kepada sesiapa pun termasuk semasa perbicaraan di mahkamah. (Sekyen 7(1)(a) Akta APPM 2010).
  • Pemberi maklumat tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan sivil, jenayah atau tatatertib akibat daripada pendedahan tersebut. (Sekyen 7(1)(b) Akta APPM 2010).
  • Pemberi maklumat dilindungi daripada sebarang tindakan yang memudaratkan hasil tindak balas pendedahan yang telah dibuat. (Sekyen 7(1)(c) Akta APPM 2010).
  • Perlindungan turut diberikan kepada mereka yang mempunyai kaitan/hubungan dengan pemberi maklumat. (Sekyen 7(3) Akta APPM 2010).

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd