Now Reading
Hukuman Penjara Bekas Hakim Dikurangkan Dari 6 Bulan Kepada Sehari

Hukuman Penjara Bekas Hakim Dikurangkan Dari 6 Bulan Kepada Sehari

Terdahulu, bekas hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu Azmil Muntapha telah dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM25,000 kerana terlibat dengan rasuah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rasuah adalah satu amalan melibatkan pemberian suapan berbentuk wang, hadiah, bonus, perkhidmatan, jawatan atau upah dan mereka yang melakukannya boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Terbaharu, permohonan seorang bekas hakim yang dikenakan hukuman penjara enam bulan dan denda RM25,000 seperti mana yang ditetapkan pada 19 Oktober 2022 lalu telah berjaya dikurangkan selepas rayuannya diterima.

Memetik Astro Awani, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini (3 Januari) telah mengurangkan hukuman bekas hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu Azmil Muntapha Abas berusia 50 tahun kepada penjara selama satu hari sahaja dan denda RM12,000.


Hanya Hukuman Dikurangkan, Namun Sabitan Bersalah Dikekalkan

Bekas hakim itu juga telah membuat rayuan agar sabitan kesalahan menurut Seksyen 316 Kanun Tatacara Jenayah terhadap dirinya diketepikan.

Namun Hakim Hasbullah Adam telah mengetepikan rayuan berkenaan selepas mendapati tidak wujud alasan bermerit untuk mengganggu gugat dapatan serta keputusan hakim Mahkamah Sesyen.

Tambah Hasbullah lagi, hujahan lanjut dalam alasan penghakiman itu menunjukkan bahawa terdapat merit bagi rayuan hukuman dari pesalah dan tiada peruntukan mandatori bahawa pemenjaraan wajib dilaksanakan.

Elemen utama kesalahan ialah menerima suatu barang berharga tanpa balasan. Berbeza dengan pertuduhan kesalahan utama iaitu Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman pemenjaraan maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Hasbullah Adam.
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Freepik)

Bekas Hakim Terima Barang Berharga Dari OKT

Mengikut pertuduhan, Azmil Muntapha telah menerima wang tunai RM5,000 tanpa balasan ketika berada dalam prosiding mahkamah melibatkan kes jenayah bagi enam Orang Kena Tuduh (OKT) yang melakukan kesalahan di bawah Subseksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289).

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Maybank Setia Alam 2, Shah Alam, pada 10 Mei 2018 sekitar jam 8:22 malam.

Enam OKT tersebut adalah:

  • Chin Yat Soong
  • Yap Chiew Tat
  • Chin See Shak
  • Pang Kooi Fook
  • Yap Swee Ming
  • Chin Chee Keong

Pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Baca Artikel Berkaitan: Amalan Rasuah Di Malaysia Berada Pada Skala Bahaya – Sultan Nazrin

Baca Artikel Berkaitan: SPRM Dapat Kebenaran PM Siasat Kes Rasuah Melibatkan Menteri & Pegawai

Baca Artikel Berkaitan: Muhyiddin Yassin Bebas 4 Tuduhan Rasuah Berjumlah RM232.5 Juta Bagi Parti BERSATU


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd