Now Reading
Muhyiddin Yassin Bebas 4 Tuduhan Rasuah Berjumlah RM232.5 Juta Bagi Parti BERSATU

Muhyiddin Yassin Bebas 4 Tuduhan Rasuah Berjumlah RM232.5 Juta Bagi Parti BERSATU

Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin, didakwa melakukan kesalahan itu sewaktu lantikannya sebagai Perdana Menteri antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021 di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini (15 Ogos) telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada empat tuduhan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri berkaitan rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu, lapor Berita Harian.

Keputusan dibuat oleh hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin, setelah permohonan Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan berkenaan diizinkan.

Juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin telah dikenakan empat tuduhan pada 10 Mac lalu. Beliau kemudiannya memfailkan notis usul untuk membatalkan tuduhan itu pada 18 April lalu menerusi Tetuan Chetan Jethwani & Company dan menamakan Pendakwa Raya sebagai responden.

Muhyiddin mendakwa empat tuduhan berkenaan adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah dengan Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah melalui afidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul.

Katanya menurut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tiada sebarang tuduhan terbabit menjadi kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk suapan diri sendiri, saudara, atau sekutunya.


Muhyiddin Didakwa Terima Rasuah Daripada 3 Syarikat

Sewaktu lantikannya sebagai Perdana Menteri ke-8, Muhyiddin dituduh menerima rasuah sejumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi BERSATU.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021 di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Di samping itu, Ahli Parlimen Pagoh itu juga dituduh menerima wang hasil aktiviti haram daripada Bukhary Equity. Wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik BERSATU dan berjumlah RM195 juta.

Kesalahan ini didakwa dilakukan antara 25 Februari 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022 di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral. Beliau didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Selain itu, pada 13 Mac, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta. Kes tersebut telah dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd