Now Reading
Polis Peronda Nafi Terima Rasuah Dari Orang Awam, Hanya Dihulur Air Kotak

Polis Peronda Nafi Terima Rasuah Dari Orang Awam, Hanya Dihulur Air Kotak

Siasatan bagaimanapun masih diteruskan kerana terdapat pertuturan bahasa Mandarin dalam rakaman video iyang membicarakan soal duit.

beri polis air kotak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penerimaan rasuah akibat sifat tamak sesetengah manusia merupakan salah satu isu hangat yang sedang berlaku dalam Malaysia.

Walaupun tindakan berat telah dikuatkuasa untuk kesalahan ini, namun ianya masih sukar dibendung.

Jika perbuatan rasuah ini diteruskan, ekonomi negara akan terjejas akibat daripada ketidakadilan.


Polis Nafi Tuduhan Terima Rasuah Oleh Orang Awam

Baru-baru ini, tular rakaman video di media sosial menyaksikan seorang ahli perniagaan menghulurkan sesuatu kepada polis peronda di sebuah kawasan perindustrian, Kulai.

Berasa was-was dengan situasi tersebut, orang awam telah mendakwa bahawa usahawan itu telah memberikan rasuah kepada dua anggota polis yang menerimanya.

Susulan tuduhan yang dilemparkan oleh orang ramai, pihak polis telah tampil memberikan penjelasan selepas siasatan awal dijalankan.

Menurut Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat, dua pemilik kilang tersebut hanya memberikan kotak minuman kepada dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang sedang bertugas.

Memetik kenyataan beliau dalam sidang akhbar, polis peronda terbabit telah berhenti di hadapan sebuah kilang kerana terdapat orang ramai berkumpul untuk meraikan perayaan ‘Hantu Lapar’ oleh masyarakat Cina.

Sumber: X (Twitter @mynewshub)/Salam Malam Jumaat

Siasatan Lanjut Diteruskan Selepas Usahawan Ada Sebut Tentang Duit Dalam Rakaman

Walaupun begitu, siasatan masih diteruskan kerana terdapat pertuturan bahasa Mandarin yang menjadi tanda tanya dalam rakaman video itu.

Dalam rakaman tersebut, pemilik kilang itu telah berkata sesuatu tentang pemberian wang kepada anggota polis.

Sumber: X (Twitter @mynewshub)

“Jangan bagi duit kepada mereka, kalau bagi duit dia akan….,” kemudian rakaman video terputus.

Kamarul Zaman dalam masa yang sama memberikan nasihat kepada orang awam untuk sentiasa menyalurkan info tentang salah laku anggota terus kepada pihak berkuasa dan bukan dikongsikan ke media sosial semata-mata.

Perbuatan sedemikan dipercayai mampu menimbulkan imej kurang senang dan memburukkan nama agensi itu.


Perbuatan Rasuah Perlu Dilapor

Kepada anda yang pernah terlihat kegiatan rasuah berlaku di depan mata atau mendapat sebarang info daripada mana-mana pihak, adalah penting untuk melaporkan jenayah tersebut kepada pihak berkuasa.

Jika anda gagal untuk melaporkan, tindakan undang-undang boleh dikenakan seperti:

  • Denda : Tidak lebih RM100,000.
  • Penjara : Tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Usah risau, mereka yang tampil untuk melaporkan sebarang kes berkenaan rasuah akan dilindungi di bawah Seksyen 65 Akta SPRM 2009.

Baca Artikel Berkaitan: Amalan Rasuah Di Malaysia Berada Pada Skala Bahaya – Sultan Nazrin

Baca Artikel Berkaitan: Muhyiddin Yassin Bebas 4 Tuduhan Rasuah Berjumlah RM232.5 Juta Bagi Parti BERSATU

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bung Moktar & Zizie Dibebas & Dilepaskan Dari Pertuduhan Rasuah RM2.8 Juta

Sumber: Kosmo | Astro Awani | SPRM


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd