Now Reading
Ini Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak Dari JKM, Boleh Dapat Sehingga RM1,000 Sebulan

Ini Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak Dari JKM, Boleh Dapat Sehingga RM1,000 Sebulan

Isi rumah dengan pendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2023.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdapat pelbagai bantuan dalam bentuk kewangan yang disalurkan oleh kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bagi yang tidak tahu, kerajaan telah membuka permohonan bagi Bantuan Kanak-Kanak (BKK) tahun ini. Bantuan ini bertujuan untuk menyalurkan kewangan kepada keluarga, penjaga kepada anak, atau kanak-kanak sendiri.

Selain itu, ia juga disalurkan kepada kanak-kanak yang kehilangan penjaga bagi membantu mereka untuk terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.

Dengan bantuan ini, kanak-kanak diharap dapat membesar tanpa pertumbuhan dan perkembangan yang terjejas mengikut peringkat umur.

Di samping itu, bantuan ini juga bagi membantu individu memelihara dan memperkukuh institusi keluarga.

Kadar BKK yang akan diterima oleh keluarga yang layak adalah seperti berikut:

Kadar Bayaran Kantuan Kanak-Kanak (BKK)
(RM)
Umur
2006 tahun dan ke bawah
1507 tahun hingga 18 tahun
*Kadar bantuan maksimum RM1,000/sebulan sekeluarga

BKK Khas Untuk Isi Rumah Miskin

Bagi bantuan ini, permohonan hanya dibuka kepada warganegara serta mereka yang bermastautin di Malaysia.

Keluarga yang mempunyai anak atau memberi jagaan kepada kanak-kanak boleh memohon BKK jika pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Permohonan hanya dibuka bagi kanak-kanak berumur kurang daripada 18 tahun. Namun begitu, jika individu 18 tahun ke atas dan bersekolah sehingga tamat menengah atas, permohonan BKK boleh dipertimbangkan.

Menurut laman web Belanjawan Kementerian Kewangan, pelaksanaan bantuan ini adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Senarai ini termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.

Dalam masa yang sama, seorang pengguna TikTok @ManjeMizza mendakwa mendapat makluman daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bahawa permohonan hanya boleh dilakukan jika tidak mendapat sebarang bantuan am.


BKK Dikendalikan Oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Di Seluruh Negara

Permohonan bagi BKK dikendalikan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Jajahan atau Bahagian di seluruh negara.

Pihak terbabit akan menjalankan siasatan untuk penilaian (means-tester) ke atas setiap permohonan yang diterima bagi mengesahkan kelayakan pemohon. Langkah ini dijalankan sejajar dengan prinsip penyampaian bantuan kepada yang layak dan bukan kerana hak.

Permohonan boleh dibuat melalui laman web eBantuan JKM atau dengan melengkapkan borang JKM 18. Borang ini kemudiannya perlu dibawa bersama-sama dokumen sokongan ke mana-mana pejabat JKM.

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan/ MYKID/ Sijil Kelahiran ahli keluarga yang tinggal bersama.
  3. Salinan bil utiliti bagi pengesahan alamat.
  4. Salinan penyata gaji atau surat akuan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.

Selain itu, terdapat juga lain-lain dokumen yang berkaitan seperti Kad OKU (bagi pemohon OKU), salinan Sijil Kematian/ Perceraian dan pengesahan rawatan dari hospital atau klinik kerajaan.


Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

Terkini, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang digunakan adalah bagi tahun 2022 dengan pendapatan RM2,589 ke bawah bagi setiap isi rumah.

Berikut merupakan PGK mengikut setiap negeri:

  • Johor: RM2,627
  • Kedah: RM2,271
  • Perak: RM2,297
  • Selangor: RM2,830
  • Perlis: RM2,140
  • WP Labuan: RM2,576
  • Melaka: RM2,670
  • Pahang: RM2,480
  • Sabah: RM2,742
  • Negeri Sembilan: RM2,402
  • Kelantan: RM2,297
  • Sarawak: RM2,618
  • Terengganu: RM 2,751
  • Pulau Pinang: RM2,250
  • WP Kuala Lumpur: RM2,816
  • WP Putrajaya: RM2,450

Bagi isi rumah berpendapatan kurang daripada PGK, diingatkan supaya membuat permohonan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan.

Sumber: Belanjawan | eCentral


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd