Now Reading
Baru Berusia 17 Tahun, Gadis Jadi ‘Drummer’ Kumpulan Rock Search Di Konsert Nusafest 2023

Baru Berusia 17 Tahun, Gadis Jadi ‘Drummer’ Kumpulan Rock Search Di Konsert Nusafest 2023

Naimi Daini telah beraksi sebagai pemain dram kumpulan Search sejak sebulan yang lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Konsert Nusafest 2023 telah berlangsung di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur selama dua hari pada 8 dan 9 Julai lalu. Ia menampilkan banyak kumpulan dengan tiga kumpulan muzik terkemuka di Malaysia sebagai ‘headliner’ iaitu Search, Wings dan Butterfingers.

Di samping itu, ia turut merangkumi pemuzik dari Indonesia seperti Efek Rumah Kaca dan The Changcuters, serta pemuzik Singapura seperti The Pinholes.

Satu perkara yang menarik perhatian ramai di konsert tersebut adalah kemunculan gadis ‘drummer’ yang memainkan dram bagi kumpulan rock legenda Search.

Baru berusia 17 tahun, gadis yang dikenali sebagai Naimi Daini bersekolah di Kuala Lumpur dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir tahun ini.

Nasir Daud, pemain bass kumpulan itu berkata Naimi merupakan seorang yang rajin, berdedikasi, berdisiplin dan rendah diri. Dia telah beraksi bersama kumpulan Search yang dianggotai Datuk Amy (penyanyi), Nasir Daud (bass), Hillary Ang (gitar) dan Man Kidal (gitar) lebih sebulan.

Naimi adalah pemain dram muda yang sangat berbakat pernah kami temui di industri muzik tanah air. Memandangkan perjalanan Naimi yang masih jauh dengan usia muda, maka kami memberi ruang dan peluang kepadanya untuk bersama-sama di setiap persembahan kami untuk ‘menggali’ pengalaman lebih luas.

Pemain bass kumpulan Search, Nasir Daud.

Naimi Dipertimbangkan Sebagai Pemain Dram Kekal Search

Walaupun hanya seorang pemain dram undangan berstatus tetap, gaya Naimi bermain instrumen itu persis seorang pemain profesional. Malah, ramai peminat kumpulan rock legenda itu berharap dia akan menjadi ahli tetap Search setelah menamatkan pelajarannya.

Buat masa ini, Nasir berkata kumpulan itu tidak mahu Naimi berasa tertekan dengan jadual Search dan menghormati statusnya sebagai pelajar Tingkatan Lima.

Kami tidak mahu dia berasa tertekan dengan jadual Search nanti. Malah, kami memberi masa kepada Naimi untuk menghabiskan pelajarannya sebelum diserap sebagai pemain dram kekal Search.

Pemain bass kumpulan Search, Nasir Daud.

Naimi dilihat mampu menjadi pelapis pemuzik terbaik negara jika terus diberikan peluang untuk beraksi dengan kumpulan rock lagenda seperti Search.

Di Nusafest 2023, dia tampil memainkan lapan lagu bersama Search iaitu Diari Habil & Qabil, Gothik Malam Edan, Isi Atau Kulit, Cakap Memang Murah, Paranoid, Pelesit Kota, Pawana dan medley Rozana/ Isabella.

Selain daripada Naimi, Search juga mempunyai seorang pemain dram lain, Arthur Kam yang telah beraksi dalam beberapa konsert. Dia merupakan adik kepada pemain keyboard dan pengarah muzik, Genervie Kam.

BACA JUGA: Puteri Shazwani Pegawai Wanita TLDM Pertama Pakar Dalam Peluru & Letupan

BACA JUGA: Gadis Buta Penglihatan Raih ‘Golden Buzzer’ Dalam America’s Got Talent Lepas Berjaya Tawan Hati Juri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd