Now Reading
Gadis Buta Penglihatan Raih ‘Golden Buzzer’ Dalam America’s Got Talent Lepas Berjaya Tawan Hati Juri

Gadis Buta Penglihatan Raih ‘Golden Buzzer’ Dalam America’s Got Talent Lepas Berjaya Tawan Hati Juri

Penerimaan ‘Golden Buzzer’ dari salah seorang juri America’s Got Talent iaitu Simon Cowell melayakkan gadis dari Indonesia ini untuk terus ke separuh akhir rancangan itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Boleh dikatakan rata-rata artis popular pada hari ini ‘lahir’ daripada rancangan realiti televisyen yang telah banyak membuka ruang kepada mereka untuk menempa nama dalam industri hiburan.

Antara rancangan realiti televisyen yang menghasilkan ramai artis terkenal di Malaysia adalah seperti Akademi Fantasi, One In A Million, Hero Remaja dan Dewi Remaja.

Bermula dari penyertaan rancangan realiti televisyen, impian seseorang tidak mustahil mampu menjadi kenyataan.


Gadis 17 Tahun Dari Indonesia Yang Buta Penglihatan Raih ‘Golden Buzzer’ Di Rancangan America’s Got Talent

Baru-baru ini, rancangan realiti televisyen yang terkenal di Amerika Syarikat iaitu America’s Got Talent mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia selepas seorang gadis berusia 17 tahun dari Indonesia tampil sebagai salah seorang peserta.

Gadis bernama Putri Ariani itu merupakan individu buta penglihatan yang mempunyai suara cukup lunak ketika menyanyikan lagu semasa persembahannya.

Sumber: Twitter @AGT

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter America’s Got Talent (@AGT), para juri serta penonton yang berada di dalam dewan tersebut juga kagum selepas mendengar suara Putri.

Sehinggakan salah seorang juri iaitu Simon Cowell sanggup naik ke atas pentas dan meminta Putri menyanyikan satu lagi lagu yang lain kerana terlalu kagum dengan kelunakan suara gadis tersebut.

Selepas dua buah lagu dinyanyikan, Putri tampil ke tengah pentas untuk mendengar komen daripada para juri. Dia juga mendedahkan lagu pertama yang dinyanyikan adalah lagu ciptaannya sendiri.

Pendedahan itu membuatkan Cowell lebih terpukau dan terus berdiri untuk menekan butang emas di atas meja.

Kejutan itu membuatkan Putri menangis kerana dia secara tidak langsung layak ke separuh akhir rancangan America’s Got Talent bagi musim ke-18.

Sumber: Twitter @AGT

Pencapaian itu bukan sahaja membanggakan kedua ibu bapa Putri yang turut serta hadir, malah penonton yang lain juga dilihat sebak dan mengalirkan air mata melihat kejayaan gadis tersebut.


Ramai Netizen Ucap Tahniah Dan Kagum Dengan Pencapaian Gadis Indonesia Yang Terima ‘Golden Buzzer’ Di America’s Got Talent

Klip video berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari netizen di media sosial dengan majoriti daripada mereka memberikan ucapan tahniah dan kagum atas pencapaiannya yang mara ke separuh akhir rancangan berkenaan.

Malah, segelintir netizen juga meluahkan rasa sebak serta mengalirkan air mata selepas mengetahui kejayaan yang dikecapi Putri.

Meskipun dia mempunyai kekurangan tetapi percayalah, perkara itu tidak menjadi penghalang kepadanya untuk menempa lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.


Artis Malaysia Yang Mencipta Nama Selepas Menyertai Rancangan Realiti Televisyen

Malaysia juga mempunyai ramai artis terkenal yang memulakan kerjaya mereka dengan menyertai rancangan realiti televisyen sebelum dikenali ramai.

Antara artis yang menyertai rancangan realiti televisyen sebelum bergelar penggiat seni popular adalah seperti:

1. Datuk Seri Siti Nurhaliza (Bintang HMI)

2. Jaclyn Victor (Malaysian Idol)

3. Yunalis Zarai (One In A Million)

4. Aizat Amdan (Akademi Fantasia)

5. Syafiq Kyle (Hero Remaja)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd