[Video] “Reunion Adik-beradik” – 4 Myvi Sama Warna Terlibat Kemalangan Raih Perhatian Ramai
Berdasarkan video tersebut, apa yang membezakan keempat-empat Myvi itu hanyalah generasi dan nombor pendaftaran.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kemalangan jalan raya bukanlah sesuatu yang boleh diduga, namun takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan tiada siapa dapat menghalang.
Bagaimanapun, sesetengah kemalangan terjadi akibat sikap cuai pemandu hingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Kebanyakan kemalangan pasti akan melibatkan beberapa buah kenderaan jenis yang berbeza bukan?
Kereta jenis dan warna sama, kemalangan
Namun, video tular kemalangan ini berjaya mencuri perhatian orang ramai apabila kenderaan yang terlibat adalah dari jenis dan juga warna yang sama.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @muhdtaufiq247, kelihatan keempat-empat buah kenderaan tersebut hanya mengalami kerosakkan di bahagian hadapan kereta.
Keempat-empat kereta Perodua Myvi warna putih
Lebih mencuri perhatian, kesemua kereta yang terlibat kemalangan itu dari jenis yang sama iaitu Perodua Myvi dan lebih pelik semuanya berwarna putih.
Yang membezakan keempat-empat Perodua Myvi putih itu hanya model tahun pengeluaran dan juga nombor pendaftaran.
“Reunion Adik-beradik ni” – Netizen
Meninjau di ruangan komen pula, pelbagai reaksi diberikan oleh pengguna media sosial yang melihat video kemalangan empat buah Myvi itu.
Tidak kurang juga ada yang berseloroh mengenai kemalangan kecil itu dan menganggap sebagai pertemuan adik beradik.



Bagaimanapun, kami mendoakan agar kesemua urusan mangsa yang terlibat kemalangan itu dipermudahkan serta berharap orang ramai lebih berhati-hati ketika memandu terutamanya pada musim hujan ini.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.