Now Reading
[Video] “Rantai Makanan”- Lelaki Ternak Ikan Keli Dalam Tangki Septik, Siap Goreng Bagi Kawan Makan

[Video] “Rantai Makanan”- Lelaki Ternak Ikan Keli Dalam Tangki Septik, Siap Goreng Bagi Kawan Makan

Menerusi video terbabit, ikan keli yang berada di dalam tangki septik itu kelihatan besar berbanding saiz ketika ia dibuang ke dalam lubang tandas dahulu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ikan keli mempunyai peminatnya tersendiri, namun tidak dinafikan juga masih banyak orang yang tidak mengemari ikan tersebut.

Hal ini kerana ikan keli merupakan sejenis ikan yang hidup di dasar sungai, kolam atau muara sungai dan ia memakan semua benda termasuklah najis.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @freaksjourney62, lelaki tersebut menunjukan cara penternakan ikan air tawar itu di rumahnya.

Ikan keli dimasukan dalam lubang tandas

“Pertama sekali sediakan ikan keli dahulu, kemudian masukan ke dalam lubang tandas dan tekan ‘flush’,” katanya.

Pada video sama, setelah 2 bulan, lelaki terbabit memancing ikan keli tersebut melalui lubang saluran tangki septik.

Ikan keli yang sudah dipancing itu kelihatan besar berbanding saiz ketika ia dibuang ke dalam lubang tandas dahulu.

Ikan keli digoreng dan dimakan

Namun Apa yang menjijikan, ikan yang dipancing itu kemudiannya disiang dan digoreng untuk diberi makan kepada salah seorang kawannya.

Bagaimanapun, kesahihan video tersebut tidak dapat dipastikan dengan jelas. Tidak mustahil ia hanyalah bahan gurauan untuk dijadikan konten semata.

Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial, ada segelintir yang berasa geli dan ada juga menjadikan ia sebagai satu gurauan. dengan menyifatkan ia sebagai rantaian makanan.

“Dari kita untuk kita” – Netizen

Ketahui apa itu haiwan jallalah

Untuk info, haiwan yang suka memakan najis atau diberi makan najis secara berkala adalah dikategorikan sebagai haiwan jallalah. Haiwan jallalah mempunyai hukum tersendiri kerana anggota haiwan terbabit telah dicemari dengan najis yang dimakannya itu.

Hukum memakan daging haiwan berkenaan adalah makruh sejajar sabda Nabi SAW: “Nabi Muhammad SAW melarang daripada menunggang unta jalalah (yang telah memakan najis) dan meminum susunya.” (Riwayat al-Tirmizi).

Hadis ini menunjukkan Nabi SAW melarang umatnya daripada meminum susu dan menunggang haiwan ternakan yang telah memakan najis. Walau bagaimanapun, ulama telah mengklasifikasikan larangan itu sebagai makruh dan bukan menunjukkan kepada haram.

Kredit gambar: TikTok freaksjourney62


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd