Hari Wanita Sedunia 2024: Ini 7 Promosi Khas Buat Kaum Hawa
Antara promosi F&B yang ditawarkan adalah dari jenama Gong Cha, llao llao dan Daboba.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bila sebut tentang tawaran promosi, mesti ramai yang akan teruja kerana dapat membeli beberapa barangan dengan harga yang lebih rendah berbanding kebiasaan.
Harga murah dan dapat beli banyak barang, siapa je tak nak kan? Hati gembira, dompet pun suka!
Untuk korang yang mahu mendapatkan tawaran promosi, esok (8 Mac) adalah masanya bersempena dengan Hari Wanita Sedunia.
7 Tawaran Promosi Untuk Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia
Kepada korang yang tidak mahu ketinggalan mendapatkan tawaran promosi dari pelbagai cawangan termasuklah makanan serta minuman, berikut adalah senarainya:
#1. Gong Cha
Gong Cha menawarkan promosi RM3.88 bagi pembelian minuman kedua dengan harga yang lebih rendah. Promosi ini untuk golongan wanita sahaja dan sah selama satu hari sahaja iaitu pada 8 Mac.
Antara menu Gong Cha yang popular adalah seperti:
- Taro Milk Tea
- Earl Grey Milk Tea
- Royal Milk Tea with Pearl
- Passionfruit Green Tea with QQ
- Brown Sugar Coffee Jelly Oolong Milk Tea
#2. llao llao
Para wanita sekalian, jangan lupa juga untuk serbu llao llao kerana mereka ada menawarkan promosi untuk ‘upgrade’ dari Medium Tub kepada Large Tub dengan hanya menambah RM1 je.
Sebagai info, llaollao mempunyai tiga jenis saiz iaitu kecil (small), sederhana (medium) dan besar (large). Kalau diikutkan, harga asal bagi setiap perbezaan saiz ini adalah sekitar RM2 hingga RM4.
#3. Haagen Daz
Kalau korang nak aiskrim percuma, boleh datang ke mana-mana cawangan Haagen Daz yang berhampiran. Cuma syaratnya, pemberian ini hanya akan diberikan kepada pelanggan yang membuat apa-apa pembelian.
Lebih menarik lagi, promosi ini berlangsung dari 8 sehingga 29 Mac pada hari Isnin hingga Jumaat.
#4. BookXcess
Bagi para wanita yang suka membaca buku, inilah peluang korang untuk membeli bahan bacaan dengan tawaran diskaun 10% bagi sesetengah buku bermula. Promosi ini telah berlangsung dari 1 Mac dan akan berakhir pada 9 Mac 2024.
Untuk korang yang nak berkunjung ke BookXcess, berikut adalah beberapa lokasinya:
- KL East Mall
- The Gardens Mall
- Lalaport
- MyTown Shopping Centre
- Rex KL
- Fahreinheit88
- Amcorp Mall
- Da Men Mall
- Tamarind Square
- The Starling
- Sunsuria Forum
- Tropicana Gardens Mall
- Village Grocer, Citta Mall
- Village Grocer, Subang Parade
#5. Marrybrown
Marrybrown turut menawarkan promosi set Burger Ayam bersama air Lemon Tea dengan diskaun 38%. Cuma RM7.40 je daripada harga asal RM11.95.
Selain menu promosi ini, ada banyak lagi hidangan yang korang kena cuba dari Marrybrown seperti:
- Nasi Kari
- Chick-O-Rice
- Cheesy Burger
- Bubur Pedas Bowl
- Nasi Lemak MB Bowl
Bagi pendapat penulis, menu Bubur Pedas Bowl adalah antara menu yang sedap. Harga pun berbaloi juga!
#6. Daboba
Bagi setiap pembelian satu minuman dari Strawberry Series di Daboba, pelanggan wanita boleh mendapat diskaun 38% bagi pembelian minuman kedua.
Untuk pengetahuan korang yang belum pernah mencuba minuman dari Daboba, jenama ini terkenal dengan beberapa minuman seperti:
- Roasted Brown Sugar Pearl Fresh Milk
- Honey Golden Pearl Green Milk Tea
- Butterfly Pea Seasons Tea
#7. The Face Shop
Wanita dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan. Kepada korang yang nak ‘top-up’ produk penjagaan wajah atau pertama kali mahu mencuba produk The Face Shop, terdapat tawaran promosi seperti berikut:
- Gincu
- Diskaun 15% untuk pembelian satu produk
- Diskaun 30% untuk pembelian dua produk dan ke atas
- Aloe Soothing Gel
- Diskaun 40% untuk pembelian dua produk ke atas
Sambutan Hari Wanita Sedunia
Tarikh 8 Mac adalah Hari Wanita Sedunia yang disambut setiap tahun oleh masyarakat seluruh dunia bagi meraikan golongan wanita ini.
Hari Wanita Sedunia diraikan bagi menghargai dan mengiktiraf setiap kejayaan yang berjaya dikecapi oleh para wanita tanpa mengira latar belakang mereka termasuklah kaum, agama dan bangsa.
Sambutan ini juga memberi perhatian kepada hak sama rata kepada wanita dalam setiap bidang termasuklah dari segi pekerjaan, pendidikan, membuat keputusan dan sebagainya.
Memetik sumber Jabatan Pembangunan Wanita, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Nancy Shukri telah melancarkan logo Hari Wanita Antarabangsa 2024.
Majlis pelancaran berkenaan juga telah mengangkat tema ‘Wanita Dijulang Negara Gemilang’.
Tema ini dipilih bagi menunjukkan kepentingan mewujudkan budaya inklusif dan kesaksamaan jantina pada semua peringkat sebagai usaha memartabatkan wanita di negara ini.
Nancy dalam ucapannya juga menyeru agar semua lapisan masyarakat untuk meraikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 dengan menyertai program-program yang dirancang oleh pihak Kementerian dan Agensi terlibat serta memakai pakaian bertemakan warna sambutan iaitu warna ungu pada 8 Mac ini.
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Airlines Kendali Penerbangan Oleh Semua Staf Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia
Baca Artikel Berkaitan: Hari Wanita Sedunia: Ini Antara Peruntukan Buat Para Wanita Dalam Bajet 2023
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.