Now Reading
Hari Wanita Sedunia: Ini Antara Peruntukan Buat Para Wanita Dalam Bajet 2023

Hari Wanita Sedunia: Ini Antara Peruntukan Buat Para Wanita Dalam Bajet 2023

Tumpuan kerajaan dalam Belanjawan 2023 adalah untuk melindungi wanita daripada isu keganasan rumah tangga, aspek kesihatan dan sebagainya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tarikh 8 Mac adalah hari yang istimewa buat semua kaum wanita di seluruh dunia kerana golongan ini diraikan tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

Sambutan Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun bagi meraikan kejayaan yang dikecapi oleh para wanita di samping memberi perhatian kepada hak sama rata dalam bidang seperti pekerjaan, pendidikan dan sebagainya.

Antara syarikat yang tidak ketinggalan meraikan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini adalah Malaysia Airlines dan Charles & Keith.

BACA JUGA: Malaysia Airlines Kendali Penerbangan Oleh Semua Staf Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia

BACA JUGA: Pernah Dikecam Anggap Charles & Keith Jenama Mewah, Gadis Zoe Kini Dipilih Sebagai Model Beg

Hari Wanita Sedunia: Ini Antara Peruntukan Kepada Wanita Dalam Bajet 2023
Sumber: Berita RTM

Peruntukan Untuk Wanita Dalam Pembentangan Belanjawan 2023

Bagi menghargai golongan wanita, kerajaan turut menyediakan beberapa inisiatif menerusi pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari yang lalu.

Ringkasan tentang inisiatif tersebut dimuat naik oleh Kementerian Kewangan menerusi laman Twitter mereka (@MOFmalaysia).

Antara inisiatif tersebut adalah:

  • Dana Pembiayaan Perniagaan Wanita (RM235 juta)
    • Pembiayaan model kerja atau pembelian aset untuk mengembangkan perniagaan.
  • Ujian Saringan Mamogram dan Kanser Serviks (RM11.5 juta)
    • Pengesanan awal kanser payudara dan kanser serviks.
  • Pemberian geran bersamaan 80% daripada nilai gaji bulanan (RM292 juta)
    • Menggalakkan wanita untuk kembali bekerja.
  • Program 2 Year Exit Policy (RM1 juta)
    • Memanfaatkan 300 usahawan wanita. Membantu ke arah hidup berdikari melalui penglibatan secara aktif dalam pekerjaan atau program menjana pendapatan.
  • Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) (RM8.3 juta)
    • Memperkukuhkan PSSS melalui sesi bimbingan dan kaunseling supaya masyarakat lebih peka terhadap kepentingan perkhidmatan psikososial.
  • Pemerkasaan Wanita (RM10 juta)
    • Pelaksanaan Akta Antigangguan Seksual melalui Penubuhan Tribunal & Program Advokasi.

Sebagai antara penggerak ekonomi dan kesejahteraan negara, tumpuan kerajaan dalam Belanjawan 2023 adalah untuk melindungi wanita daripada isu keganasan rumah tangga, aspek kesihatan, perlindungan sosial serta galakan kembali bekerja kepada wanita dan menceburi bidang keusahawanan.

BACA JUGA: Bajet 2023: Kerajaan Perpaduan Peka Kepada Keperluan Ibu Bekerja

Diharapkan dengan pelbagai inisiatif yang diberikan oleh kerajaan ini dapat menyuntik semangat kaum hawa untuk turut mencipta kejayaan pada masa akan datang.

BACA JUGA: Wanita Malaysia Antara Yang Tersenarai Dalam CEO Cemerlang Asia Pasifik Oleh Forbes

BACA JUGA: Nazirah Ashari Salah Seorang Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Women To Watch 2022


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd