Now Reading
Tolak Ajakan Bersetubuh, Suami Tergamak Hantuk Hidung Isteri Hingga Parah

Tolak Ajakan Bersetubuh, Suami Tergamak Hantuk Hidung Isteri Hingga Parah

Selain didakwa menghantukkan kepala pada hidung isteri sehingga parah, tertuduh juga telah mengugut untuk membunuh mangsa kerana enggan bersetubuh.

Gara-gara Ajakan Buat Hubungan Seksual Ditolak, Suami Hantuk Hidung Isteri Hingga Parah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Terbaharu, seorang bapa kepada empat orang anak telah didakwa di Mahkamah Sesyen semalam (6 Jun) atas pertuduhan mencederakan isterinya sehingga parah kerana ajakan untuk melakukan hubungan seksual ditolak.

Tertuduh, Syed Fakrulrazi Syed Abdul Rahman berusia 41 tahun dipercayai dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada isterinya dengan cara menghantukkan kepala ke hidung mangsa.

Memetik laporan Berita Harian, tertuduh tidak mengaku bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.


Pertuduhan Pertama

Bagi pertuduhan pertama, lelaki tersebut telah didakwa atas kesalahan sengaja mennyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya berusia 33 tahun.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan di sebuah rumah di Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka sekitar jam 10:00 pagi pada 12 Februari lalu.

Pertuduhan ini membolehkan tertuduh didakwa di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman sehingga 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Pertuduhan Kedua

Tertuduh juga didakwa atas pertuduhan lain kerana telah menakutkan mangsa dengan ugutan untuk membunuhnya ketika kejadian berlaku.

Bagi pertuduhan ini, pesalah boleh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan di mana tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Mahkamah Membenarkan Tertuduh Diikat Jamin Dengan Syarat Tambahan

Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin membantah jika mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin bagi pertuduhan pertama.

Namun perkara itu boleh dilakukan menggunakan budi bicara dengan mencadangkan ikat jamin bernilai RM20,000 oleh seorang penjamin bersama dengan syarat tambahan.

Syarat tambahan itu bermaksud tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai, perlu melaporkan diri pada setiap satu hari bulan di balai polis berhampiran dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Walau bagaimanapun, peguam Ishak Mohd Kari yang mewakili tertuduh memohon agar wang jaminan direndahkan kerana tertuduh yang hanya bekerja sebagai mekanik perlu menanggung empat orang anak serta isterinya.

Berikutan itu, pihak mahkamah telah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM10,000 dengan seorang penjamin dan perlu bersetuju untuk melakukan syarat tambahan.

Kes ini akan disebut semula pada 10 Julai depan.

Dalam pada itu, isteri tertuduh juga telah memfailkan tuntutan perceraian secara fasakh di Mahkamah Syariah.

BACA JUGA: Bapa Dipenjara 428 Tahun & 240 Sebatan Kerana Jadikan 2 Anak Kandung Hamba Seksual

BACA JUGA: 1 Daripada 5 Rakyat Malaysia Pernah Jadi Saksi Wanita Diganggu Secara Seksual

BACA JUGA: “Gangguan Seksual Adalah Kes Serius” – Menteri Perjelas Isu Tular Dakwa Wartawan Salah Tafsir


Talian Bantuan Kepada Para Isteri Yang Terlibat Dalam Serangan Fizikal Dalam Rumah Tangga

Meskipun istilah rogol dalam perkahwinan atau ‘marital rape’ masih belum dianggap sebagai jenayah di Malaysia, tetapi mangsa masih boleh mendapatkan bantuan jika mereka didera dan diancam dalam apa jua cara sekalipun.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Freepik)

Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang bergelut dalam penderaan rumah tangga, hubungi talian hotline Pertubuhan Bantuan Wanita di +603 3000 8858 atau WhatsAp +6018 988 8058 yang berfungsi selama 24 jam.

Sebagai alternatif, bantuan juga akan sentiasa tersedia menerusi talian Talian Kasih 24 jam Malaysia di 15999.


Boleh Ke Isteri Tolakan Ajakan Suami Untuk Bersetubuh?

Memetik dari sumber Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat hadis yang menjelaskan hukuman kepada isteri apabila menolak ajakan suaminya untuk bersama.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ

Maksudnya: Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk bersama, lalu isteri itu menolaknya. Maka suami tersebut tidur dalam keadaan marah dengan isterinya. Dengan itu, para malaikat akan melaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi.

[Riwayat al-Bukhari (3237)(5193)]

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil bahawa haramnya seorang isteri itu menolak ajakan suaminya tanpa keuzuran yang syarak.

Malah, haid juga bukanlah satu keuzuran yang boleh menghalang ajakan suami kerana suami mempunyai hak untuk istimta’ (berseronok) dengan apa yang terdapat di atas kain (selain daripada faraj).

Hadis ini juga bermaksud laknat daripada malaikat akan berterusan sehingga hilangnya maksiat dengan terbitnya fajar dan dengan suami itu merasa memadai atau dengan taubat si isteri apabila menerima ajakan suami tersebut untuk bersama.

Kesimpulannya, suami dan isteri perlulah mempunyai persefahaman yang baik supaya tidak timbul isu seperti ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd