“Gangguan Seksual Adalah Kes Serius” – Menteri Perjelas Isu Tular Dakwa Wartawan Salah Tafsir
Annuar Musa berkata bahawa wartawan yang bertanyakan soalan itu menyalah tafsir jawapannya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengulangi bahawa beliau memandang serius gangguan seksual.
Beliau berkata di Facebook bahawa isu itu tidak remeh dan merupakan satu kesalahan jenayah yang serius selepas menerima kecaman terhadap laporan oleh Utusan yang didakwa mengatakan pemain industri seharusnya lebih mengutamakan hal-hal positif daripada isu-isu terpencil yang didakwa berlaku.
Saya rasa isu itu tak perlu diperbesarkan. Fokus pada perkara positif daripada kes-kes terpencil.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menerusi Utusan.

Annuar Musa menerusi hantaran di Facebook miliknya, semalam (21 November) berkata dia menerima WhatsApp mesej daripada seorang wartawan Utusan untuk sesi temu duga bersamanya.
Jelasnya, wartawan tersebut mencadangkan tajuk temu bual tentang gangguan seksual dalam industri seni tanah air, tetapi Annuar mencadangkan agar temu bual itu membincangkan fokus utamanya ketika ini iaitu pembangunan industri bagi membantu penggiat seni negara.
Malangnya apa yang keluar adalah tafsiran wartawan tersebut yang tidak mencerminkan pendirian saya. Saya dan KKMM mengambil berat mengenai isu gangguan seksual dan ia bukan isu yang remeh. MALAH GANGGUAN SEKSUAL ADALAH ISU “KESALAHAN CRIMINAL”.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menerusi Facebook.
Mengulas isu sama, Annuar mengatakan bahawa isu ini tidak akan terungkai dengan melemahkan mana-mana pihak, sebaliknya memerlukan gembelengan tenaga setiap pihak baik media mahupun pihak berkuasa dan mereka yang terlibat.
Annuar mengakhiri kenyataan dalam hantaran tersebut dengan menjelaskan bahawa dia telah memaklumkan hal ini kepada pihak polis dan percaya bahawa pihak berkuasa akan bertindak mengikut undang-undang.
Laporan mendakwa bahawa Annuar tidak mahu bercakap tentang gangguan seksual
Laporan daripada Utusan baru-baru ini mengatakan bahawa Menteri mencadangkan supaya tidak memperbesarkan kes gangguan seksual terpencil sebaliknya fokus kepada perkara positif.
Berdasarkan laporan Malay Mail, dia didakwa memberi respon ketika diminta mengulas selepas isu itu tular baru-baru ini.
Isu ini turut mendapat kritikan daripada mereka yang berada dalam industri sama iaitu Sharifah Amani yang menjelaskan bahawa Kementerian tidak perlu segan untuk mengulas isu ini bagi menangani masalah tersebut.
Just from a few Clubhouse & Spaces sessions we have heard so many disturbing stories. These are from the ones yg sudi kongsi. What about the ones yg still struggling in silence?
— Sharifah Amani 🇲🇾 (@sharifahamani) November 21, 2021
We have to address the issue & fix the problem. Kita kena protect our people https://t.co/pfDZzv13D8
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.