Now Reading
“Dia Sesat Kot” – Lembu Muncul Depan Rumah Waktu Banjir Buat Ramai Terhibur

“Dia Sesat Kot” – Lembu Muncul Depan Rumah Waktu Banjir Buat Ramai Terhibur

Kemunculan haiwan itu dipercayai mungkin terlepas daripada kandang ternakannya dan ingin mencari tempat perlindungan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bencana banjir yang berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang telah menjejaskan banyak kediaman serta premis perniagaan yang diusahakan oleh penduduk di negeri Pantai Timur.

Bukan sahaja manusia, malah banyak haiwan ternakan dan hidupan liar juga dilihat berkeliaran cuba menyelamatkan diri sambil berenang mengharungi air banjir.

Terdahulu, seekor khinzir hutan dilihat cuba memasuki sebuah bot yang dinaiki oleh dua orang lelaki ketika ingin mencari tempat perlindungan ketika banjir.

BACA JUGA: Mungkin Terlalu Cuak, Lelaki Halau & Pukul Babi Hutan Yang Cuba Hampiri Bot Ketika Banjir [Video]

Sumber: Twitter @@KlutzyKucing

Penghuni Rumah Terkejut Ada Lembu Sesat Muncul Depan Rumah Ketika Banjir

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@urgurgle), seekor lembu yang basah kuyup dilihat tiba-tiba muncul di pintu masuk sebuah kediaman dalam keadaan tenang.

Kemunculan haiwan itu dipercayai mungkin terlepas daripada kandang ternakannya dan ingin mencari tempat perlindungan.

Di ruangan kapsyen video berkenaan, pemilik video sempat membuat gurauan kononnya lembu itu tersilap datang memandangkan sekarang bukan hari raya.

Eh bukan hari raya ni , musim banjir ni.

Pemilik video.

Difahamkan cuaca pada ketika itu sedang hujan dan sudah dinaiki air sehingga paras buku lali.

Namun, keadaan rumah pemilik video masih terselamat daripada dinaiki limpahan air dari luar meskipun sudah mula memasuki dalam kawasan beranda.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 629,700 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@urgurgle/video/7179416414871211270?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Orang Ramai Terhibur Tengok Gelagat Lembu ‘Sesat’ Itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat gelagat lembu itu yang secara tiba-tiba muncul di hadapan perkarangan rumah pemilik video.

Cara lembu itu memerhatikan ke dalam kawasan rumah itu seolah-olah seperti ada sesuatu yang difikirkan.

Mungkin dia nak tumpang berteduh je kot. Maklumlah cuaca di luar sana agak sejuk kerana hujan berterusan, ditambah pula paras air semakin naik.

Pada masa sama, segelintir daripada mereka meluahkan rasa kesian dan risau sekiranya lembu itu kesejukan berada di luar.

Kalau anda nampak ada haiwan di luar sana yang memerlukan pertolongan dalam banjir, bantu mereka juga ya. Tak sampai hati nak tengok mereka terkandas dalam ‘lautan’ air banjir.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd