PRU15: Video Ucapan Muhyiddin Terima Kecaman Di Media Sosial
Muhyiddin dalam masa yang sama turut menekankan bahawa sebahagian besar nyawa rakyat Malaysia terselamat dan diselamatkan oleh langkah tindakan cepat kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pada 14 November lalu, sebuah video yang dimuat naik oleh Astro Awani menerusi Twitter telah hangat diperkatakan oleh pengguna media sosial.
Video berkenaan menunjukkan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang berucap di dalam satu majlis keramaian menyebut tentang vaksin Covid-19 serta nyawa rakyat Malaysia yang terselamat akibat virus tersebut.
Berkat doa saudara dan saya sendiri, waktu saya menerajui negara sebagai Perdana Menteri, hari ini kita katakan Malaysia telahpun hampir-hampir keluar pada tahap endemik selepas pandemik lebih dua tahun.
Ucapan Bekas Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin dalam masa yang sama turut menekankan bahawa sebahagian besar nyawa rakyat Malaysia terselamat dan diselamatkan oleh langkah tindakan cepat kerajaan Perikatan Nasional.
Semua yang hadir di sini sudah dapat suntikan vaksin? Dalam badan saudara ada sumbangan kerajaan Perikatan Nasional mengurus duit saudara supaya nyawa saudara terselamat. Alhamdulillah.
Ucapan Bekas Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin.
“Semua yang ada di sini sudah dapat suntikan vaksin?,” soal Tan Sri Muhyiddin Yassin.
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) November 14, 2022
“Dalam badan saudara ada sumbangan kerajaan Perikatan Nasional mengurus duit saudara supaya nyawa saudara terselamat,” katanya.#AWANInews #MalaysiaMemilih #undi100peratus pic.twitter.com/bGkiCtUbbV
Ucapan Muhyiddin Undang Kecaman Rakyat
Meskipun konteks ucapan Muhyiddin pada ketika itu diterima dan diambil positif oleh segelintir individu yang hadir di majlis berkenaan, carian kami di media sosial turut mendapati sebahagian rakyat Malaysia dilihat tidak berpuas hati dan tidak bersetuju dengan ucapannya.
Rata-rata daripada mereka dilihat ‘mengorek’ kembali data Covid-19 di Malaysia pada tahun 2020 yang menunjukkan trend menaik bermula daripada Januari sehingga Oktober 2020.
Selama berbulan-bulan kami mengharungi PKP. Kami mengorbankan rancangan kami. Kami mematuhi SOP. Kami melandaikan keluk pandemik. Tetapi kerana ketamakan mereka. Mereka menukar SOP mengikut kesesuaian diri mereka. Dan lihat apa yang berlaku. Mereka menggandakan kes dalam satu bulan. Tetapi ya. It’s Rakyat who tak patut SOP.
Pengguna Twitter.
Never forget. https://t.co/5SyEqaOhGh
— Abul…? (@pineabul) November 14, 2022
Malah, ada juga pengguna Twitter lain tampil membalas video ucapan tersebut dengan mengatakan, “Beberapa bilangan sahaja yang meninggal itu adalah mak, kakak, dan abang saya. PRN Sabah adalah punca kes Covid-19 naik mendadak. Saya redha, tapi saya takkan lupa sampai saya mati,” tegasnya.
Dear Tan Sri @MuhyiddinYassin , yang TS cakap beberapa bilangan shj yg meninggal itu, antara mereka adalah Mak, Kakak dan Abang saya taw. PRN Sabah adalah punca kes covid naik mendadak. Saya redha, tapi saya takkan lupa sampai saya mati! https://t.co/AN1FhioS71
— Ayien©️ (@yein654) November 16, 2022
Persoalan lain turut dilontarkan oleh beberapa orang rakyat Malaysia di mana mereka mengatakan Muhyiddin seharusnya bertanyakan soalan seperti, “Dalam keluarga saudara ada tak termasuk dalam 36,000 yang meninggal dunia akibat tindakan kerajaan Perikatan Nasional melambat-lambatkan sidang parlimen guna alasan tercirit masa pandemik hari itu?”
Hampir 5,000 anak-anak menjadi yatim piatu krn ibu bapa yg meninggal disebabkan Covid. Ada Mahaiddin peduli nasib mereka?
— Rahah Ghazali 🇲🇾🏴🏴🏴🏴 (@rahah_ghazali) November 16, 2022
Vaccine tak buka tender, vaccine lambat, berapa nyawa telah dikorban baru sampai. Mco pkp antara paling panjang di dunia. Rakyat bawah susah pai bendera putih xde makan tiaphari mco. Apa yg bangga sangat ni. #KerajaanGagal
— judopizza 🏴 (@okletsgo71) November 16, 2022
Perdebatan tentang konteks ucapan bekas perdana menteri ke-8 itu sememangnya dilihat kian hangat dibahaskan di media sosial ketika ini. Rata-rata daripada rakyat Malaysia dilihat begitu berang dan tidak berpuas hati apabila nyawa rakyat dijadikan ‘point’ untuk meraih undi.
Malah, ada juga yang menjelaskan bahawa perkara tersebut bukanlah sumbangan, sebaliknya tanggungjawab pemerintah.
Itu bukan sumbangan. Itu adalah tanggungjawab pemerintah. Suka tidak suka, itu tanggungjawab. Bukan memberi budi agar dibalas budi.
— zamrimohamad (@zamrimohamad) November 15, 2022
TS @MuhyiddinYassin, itu bukan sumbangan kerajaan PN tapi itu adalah tanggungjawab sesebuah kerajaan yg mentadbir regardless parti mana yg memegang tampuk pentadbiran. Tax payers deserve to get their vaccine!
— ʏᴏᴜʀ ᴡᴏʟᴠᴇʀɪɴᴇ 🐺🏴 (@iam_ein) November 14, 2022
Exactly. Why does their supporters think @MuhyiddinYassin actually used his own money to pay for our vaccines. It’s his responsibility. Kalau x mampu nak laksanakan sesuatu tugas, berhenti. Ramai lagi yg nak and mampu pikul jawatan tersebut.
— jc (@jcma12) November 16, 2022
Untuk rekod, Tan Seri Muhyiddin Hassin merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan telah dilantik pada 29 Februari 2020 dan mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mac 2020 berikutan perletakan jawatan yang tidak dijangka oleh Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir pada 24 Februari 2020.
Muhyiddin telah meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021 selepas kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat Malaysia yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – diikuti dengan 14 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Pertubuhan Kebangsaan Malaysia Bersatu dan kesemua 115 Ahli Parlimen Pembangkang yang terdiri daripada PH, Parti Warisan Sabah, Parti Pejuang Tanah Air, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu dan Bebas.
Muhyiddin telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama 17 bulan, 2 minggu dan 1 hari.
BACA JUGA: PRU15: “No Anwar, No DAP” – Kata Ismail Sabri Tentang Isu BN Gabung Dengan PH
BACA JUGA: 6 Pemimpin Muda Berkaliber Yang Patut Kita Beri Perhatian Pada PRU15 [Pendapat]
BACA JUGA: PRU15: Ismail Sabri Mahu Kecilkan Kabinet Jika Kembali Sebagai Perdana Menteri
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.