Now Reading
PRU15: “No Anwar, No DAP” – Kata Ismail Sabri Tentang Isu BN Gabung Dengan PH

PRU15: “No Anwar, No DAP” – Kata Ismail Sabri Tentang Isu BN Gabung Dengan PH

Jelas Ismail Sabri, prinsip ‘No Anwar, No Dap yang dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO dan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO kekal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan tidak mungkin parti Barisan Nasional (BN) akan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Jelas Ismail Sabri, keputusan telah dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO dan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bahawa prinsip ‘No Anwar, No DAP’ kekal.

Menurut laporan MalaysiaKini, sekiranya keputusan itu mahu disemak semula, ia perlu dibawa kepada MT UMNO dan mesyuarat agung luar biasa parti itu.

No Anwar, No DAP.

“Bagi saya tak mungkin berlaku (bergabung dengan PH) sebab dalam PAU, di dalam MT keputusan telah dibuat – no Anwar, no DAP. No PKR no DAP.

“Keputusan tersebut adalah keputuan autoriti tertinggi.

“Kalau nak reverse keputusan tersebut, bawalah balik ke MT dan mesyuarat agung luar biasa untuk memutuskan sebaliknya.

“Selagi tiada keputusan seperti itu, maka keputusan no Anwar, no DAP itu akan terus kekal,” jelas Ismail Sabri.

Naib Presiden UMNO juga berkata tiada sesiapa dalam parti berkenaan, termasuk pimpinan tertingginya boleh mengubah keputusan bersama yang dibuat sebelum ini.

“Saya percaya tidak ada siapa pun dalam kalangan UMNO, kepimpinan tertinggi mana sekalipun yang boleh mengubah keputusan MT dan PAU dengan secara bersendirian.

“Ia mesti diputuskan oleh parti.”

BN Mesti Dominan Jika Bentuk Kerajaan Campuran

Disoal mengenai kekuatan BN untuk membentuk kerajaan yang stabil dengan gabungan parti-parti politik dari Sabah dan Sarawak, Ismail menjelaskan bahawa BN perlu menjadi sebuah gabungan dominan.

Kita bertanding di 178 kerusi parlimen dan seperti yang selalu disebut oleh kepimpinan kita di peringkat UMNO dan BN, kita mesti dominan. Kalau kita dapat 80 atau 90 kerusi misalnya, lebih mudah untuk parti lain bersama kita. Kalau kita ditanya setakat hari ini, kita yakin kita cross 112 (kerusi). Tapi kalau tidak berlaku seperti itu, tiada pilihan bagi kita (selain) membentuk kerajaan campuran.

Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas lanjut, Ismail mengatakan bahawa di negara-negara maju, kerajaan campuran adalah biasa dan jarang sebuah parti menguasai kerajaan secara keseluruhan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd