Now Reading
PRU15: Ismail Sabri Mahu Kecilkan Kabinet Jika Kembali Sebagai Perdana Menteri

PRU15: Ismail Sabri Mahu Kecilkan Kabinet Jika Kembali Sebagai Perdana Menteri

Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Ismail Sabri mengakui jumlah ahli Kabinet pada masa ini terlalu ramai dan bercadang untuk mengambil golongan pakar sahaja selepas ini.

PRU15_ Ismail Sabri Mahu Kecilkan Kabinet Jika Kembali Sebagai Perdana Menteri

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal tiba tidak lama lagi, pelbagai tawaran dan manifesto dijanjikan oleh parti politik kepada orang ramai untuk memikat hati mereka.

Antara parti yang tidak turut ketinggalan memberikan manifesto mereka adalah Perikatan Nasional (PN) dan juga Pakatan Harapan (PH).

Malah setiap parti juga telah memberikan calon terbaik mereka yang bakal memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya memenangi PRU15 kali ini.

BACA JUGA: PRU15: Kenali Calon-calon Bakal Perdana Menteri Malaysia

Ismail Sabri Cadang Mahu Kecilkan Jumlah Ahli Kabinet Jika Menang PRU15

Memetik laporan Harian Metro, Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengemukakan hasratnya untuk mengurangkan ahli kabinet sekiranya dilantik semula menerajui kerajaan selepas PRU15.

Beliau mengakui saiz Kabinet terlalu besar dan bercadang untuk hanya mengambil barisan Jemaah Menteri dari golongan berkepakaran dan teknokrat di bawah pimpinannya.

Sumber: Parlimen Malaysia

Ketika baru dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada 21 Ogos tahun lalu, Ismail Sabri telah mengumumkan senarai barisan ‘Kabinet Berorientasikan Hasil’ yang terdiri daripada 31 Menteri termasuklah 38 Timbalan Menteri.

Ismail Sabri Mahu Majukan Malaysia Semula

Selain itu, beliau juga bercadang untuk memperkasakan kesemua jabatan kerajaan serta menyelesaikan masalah kerenah birokrasi yang melampau sekiranya diberi peluang untuk terus mentadbir negara.

Sumber: Jabatan Perdana Menteri

Beliau juga akan sedaya upaya untuk mengubah dasar luar agar Malaysia kembali maju dan mendapat perhatian di peringkat antarabangsa selepas ekonomi dilihat merundum berikutan pandemik Covid-19 melanda beberapa tahun lepas.

BACA JUGA: PRU15: Ini Manifesto Pakatan Harapan (PH) Untuk Tawan Hati Rakyat Malaysia

BACA JUGA: PRU15: Perikatan Nasional (PN) Tawar Pelbagai Manifesto Untuk Pikat Hati Rakyat

BACA JUGA: PRU15: Majikan Tak Beri Kebenaran Mengundi Boleh Didenda RM5k Atau Penjara Setahun


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd