Now Reading
6 Pemimpin Muda Berkaliber Yang Patut Kita Beri Perhatian Pada PRU15 [Pendapat]

6 Pemimpin Muda Berkaliber Yang Patut Kita Beri Perhatian Pada PRU15 [Pendapat]

Ini kerana masih ramai yang menganggap atau melabel pemimpin seperti Nurul Izzah (41), Khairy Jamaluddin (46), dan Hannah Yeoh (43) sebagai “pemimpin muda” walaupun usia mereka sudah melangkau 40 tahun.

PRU15 Calon Muda

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Oleh:
Bekas penyunting di sebuah organisasi media artikel yang kini bekerja makan gaji dengan Mekdi
.


Arena politik Malaysia sudah berubah dan menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Kita dapat lihat bahawa ramai golongan belia yang semakin berminat untuk melibatkan diri ke dalam kancah politik.

Hal ini sedikit sebanyak telah melahirkan satu generasi “pemimpin muda” berkaliber yang amat diperlukan negara untuk bergerak lebih maju ke hadapan.

Lupakan yang veteran, tiba masanya untuk kita berikan perhatian kepada barisan pemimpin muda demi masa depan negara yang lebih cerah dan terjamin.

Siapakah mereka yang dimaksudkan?

Barisan “pemimpin muda” boleh dipisahkan kepada dua generasi berbeza.

Kenapa dua generasi?

Ini kerana masih ramai yang menganggap atau melabel pemimpin seperti Nurul Izzah (41), Khairy Jamaluddin (46), dan Hannah Yeoh (43) sebagai “pemimpin muda” walaupun usia mereka sudah melangkau 40 tahun. Generasi seterusnya ialah pemimpin muda seperti Shahril Hamdan (37), Prabakaran (26), dan Syed Saddiq (29) dengan usia tidak melebihi 40 tahun.


Jom kita lihat butiran pemimpin-pemimpin muda di atas supaya kita semua dapat menilai dan mengundi dengan lebih bijak:

GENERASI 1.

1. Nurul Izzah Anwar – Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Latar belakang

  • Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
  • Anak kepada dua bekas Timbalan Perdana Menteri; Datuk Seri Anwar Ibrahim & Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
  • Dikenali sebagai Puteri Reformasi
  • Ahli Parlimen Pematang Pauh (Disember 2018 – Julai 2019)
  • Ahli Parlimen Lembah Pantai (Mac 2008 – Mei 2018)

Pencapaian

  • Wanita Paling Berpengaruh Tahun 2018
  • Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas (Bil Disember 2018 – Julai 2019)

Sumbangan & Perjuangan

  • Menubuhkan pusat rawatan ketagihan dadah di 3 buah masjid di Permatang Pauh yang menyediakan rawatan naltrexone sebagai cara membantu penagih mengatasi ketagihan.
  • Melancarkan Permatang Pauh Women’s Project (PPWP) bagi membangunkan dan memperkasakan wanita tempatan melalui latihan peningkatan kemahiran dan keusahawanan dengan motif untuk menyediakan peluang pekerjaan, kestabilan kewangan, dan jaminan pekerjaan.

2. Khairy Jamaluddin – Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Latar belakang

  • Menteri Kesihatan Malaysia (Ogos 2021 – semasa)
  • Ahli Parlimen (MP) Rembau (Mac 2008 – November 2022)
  • Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan 2021
  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mac 2020 – Ogos 2021)
  • Menteri Belia dan Sukan (2013 – 2018)

Pencapaian

  • Pingat Emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 acara Polo Ekuestrian
  • Kadar vaksinasi remaja COVID-19 tertinggi di dunia
  • Menerajui vaksinasi COVID-19 Malaysia pada tahun 2021

Sumbangan & Perjuangan

  • Menetapkan harga siling untuk vaksin Sinovac dan Sinopharm
  • Pembukaan semula sempadan antara Malaysia dan Singapura

3. Hannah Yeoh – Democratic Action Party (DAP).

Hannah Yeoh, Member of Parliament Segambut. (Credit: @hannahyeoh/Twitter)

Latar belakang

  • Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam Pakatan Harapan
  • Ahli Parlimen Segambut (Mei 2018 – semasa)

Pencapaian

  • Menyampaikan bantuan makanan dan dana kepada mereka yang memerlukan dan yang paling teruk terjejas akibat COVID-19
  • Penceramah wanita pertama Malaysia untuk Dewan Undangan Negeri Selangor (2013 – 2018)
  • Dinobat sebagai salah seorang Pemimpin Muda Global paling berpengaruh pada Forum Ekonomi Dunia tahun 2018

GENERASI 2.

1. Shahril Hamdan – Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Latar belakang

  • Sarjana (Masters) dalam Sosiologi (Bangsa, Etnik dan Pengajian PascaKolonial) dari London School of Economics and Political Science
  • Calon Parlimen Alor Gajah pada PRU15

Pencapaian

  • Pengarah Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sejak Oktober 2021
  • Ketua Penerangan UMNO dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO

2. Prabakaran – Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sumber gambar: MalayMail

Latar belakang

  • Ahli Parlimen Batu (2018 – semasa)
  • Ketua Pemuda PKR Wilayah Persekutuan 2020

Pencapaian

  • Ahli Parlimen termuda dalam sejarah Malaysia pada usia 26 tahun dan paling muda dilantik pada usia 22 tahun 90 hari
  • Memenangi kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada usia 22 tahun

3. Syed Saddiq – Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)

Sumber gambar: Syed Saddiq/Instagram

Latar belakang

  • Ahli Parlimen Muar (2018 – semasa)
  • Menteri Belia dan Sukan 2018
  • Presiden Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysia United Democratic Alliance (MUDA)

Pencapaian

  • Anugerah Inspirasi Lelaki NONA bagi Anugerah Superhero Nona 2021
  • Menubuhkan MUDA, sebuah parti politik berbilang kaum yang mengutamakan belia pada 23 Disember 2021
  • Tersenarai sebagai calon bagi anugerah One Young Politician World 2020 anjuran organisasi global, One Young World

Sumbangan & Perjuangan

  • Menurunkan umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), usaha yang digelar sebagai “Undi18”.
  • Membawa tenaga positif dan idealisme moden kepada negara, sambil memperjuangkan kepelbagaian dan inovasi.
  • Mahu menambah baik sistem pendidikan yang mampu melahirkan belia yang pintar, cerdas dan kritis; yang boleh menjadikan mereka pemimpin yang berkaliber dalam ekonomi global.

Ayuh rakyat Malaysia! Setiap undian anda pada 19 November 2022 ini bakal menentukan hala tuju negara Malaysia untuk lima tahun akan datang. Undilah dengan bijak demi masa depan kita semua.

Selamat mengundi!


Semua pendapat yang tertulis adalah milik penulias asal dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pihak TRP.


Jika anda ingin berkongsi pendapat bersama kami, boleh hantarkan e-mel ke editorial@therakyatpost.com dengan tajuk “OPINION” atau “PENDAPAT”: atau melalui media sosial kami TRPBM: FacebookTwitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd