Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
7 Oktober merupakan tarikh penting kerana Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat bagi meringankan beban masyarakat Malaysia untuk tahun hadapan.
Selain membentangkan tentang Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), beliau turut melegakan hati mereka yang sedang mencari pekerjaan.
Buat pencari kerja di luar sana, kerajaan telah mewujudkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menyediakan bantuan mobiliti sebanyak RM500 kepada mereka yang mendapat tawaran bekerja di luar negeri tempat bermastautin.
Bukan itu sahaja, Tengku Zafrul juga memaklumkan berkata bahawa bantuan mobiliti RM1,000 akan diberikan kepada pekerja yang berhijrah dengan jarak yang jauh iaitu dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya.
BACA JUGA: Bajet 2023: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Dinaikkan
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.