Now Reading
Bajet 2023: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Dinaikkan

Bajet 2023: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Dinaikkan

Kementerian Kewangan memperuntukkan RM7.8 bilion untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dalam Bajet 2023.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, hari ini (7 Oktober), Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membuat pembentangan Bajet 2023 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama berjumlah RM 372.3 bilion di Dewan Rakyat.

Menerusi pembentangan sama, beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif bantuan kepada rakyat Malaysia.

Antara yang menjadi tumpuan adalah berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Berikut adalah agihan bantuan mengikut beberapa kategori:

  • Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 dan mempunyai lebih dari lima orang anak (RM2,500).
  • Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 dan mempunyai satu hingga empat orang anak (RM1,000 hingga RM2,000).
  • Warga emas tiada pasangan, bergantung kepada had pendapatan tertentu (RM350 hingga RM600).
  • Bantuan untuk ibu atau bapa tunggal dinaikkan dari RM2,500 kepada RM3,000.

Agihan BKM ini diperuntukkan sebanyak RM7.8 bilion oleh Kementerian Kewangan dan menjangkakan seramai 8.7 juta orang penerima di Malaysia.

Dalam pada itu, beliau turut mengurangkan kadar cukai pendapatan sebanyak 2% mengikut banjaran seperti:

  • Banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 turun daripada 13% ke 11%
  • Banjaran pendapatan bercukai RM70,001 hingga RM100,000 turun daripada 21% ke 19%.

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd