Now Reading
[Video] Doktor Perjelas Kenapa Minum Air Kosong Tak Boleh Legakan Pedas Dalam Mulut

[Video] Doktor Perjelas Kenapa Minum Air Kosong Tak Boleh Legakan Pedas Dalam Mulut

Bahan dipanggil Capsaicin yang terdapat dalam cili adalah bersifat tidak menyerap air dan menyebabkan air kosong tidak mampu melegakan kepedasan sepenuhnya.

Doktor Perjelas Kenapa Minum Air Tak Boleh Legakan Pedas Dalam Mulut

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Orang Malaysia dengan makanan pedas memang tak boleh dipisahkan.

Kadang-kadang nak makan pun rasa macam tak berselera kalau tak ada menu yang pedas. Makin ‘berapi’, makin laju seseorang itu makan.

Itu tidak kira lagi dengan peluh yang mengalir sehingga ke pipi. Lagi pedas, lagi berselera katanya.

Tidak peliklah masakan Melayu juga banyak menu pedas seperti masak lemak cili padi, asam pedas ikan patin, dan sebagainya.

BACA JUGA: McDonald’s Malaysia Beri Komen Tentang Pelanggan Masuk Hospital Akibat Ayam 3X Pedas

Cili mengandungi bahan rangsang reseptor seperti ‘terbakar’ dalam mulut

Kita semua akan ada satu ‘mindset’ untuk minum air bila makan makanan pedas, betul tak? Tahu tak, sebenarnya perkara itu tak betul pun sebenarnya.

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Syif Ayob di laman TikTok miliknya (Dr Syid Ayob Al Qudri), beliau menjelaskan bahawa air tidak dapat berfungsi sepenuhnya untuk menghilangkan kepedasan.

Menurutnya, cili mempunyai satu elemen dipanggil dipanggil sebagai Capsaicin dan ianya adalah sejenis bahan merangsang reseptor sakit pada mulut yang amat sensitif terhadap haba.

Sumber: The Jakarta Post

Walau bagaimanapun, Capsaicin tidak menghasilkan haba. Namun, otak kita dikatakan akan mengeluarkan ‘amaran’ kononnya mulut kita dalam keadaan bahaya seperti sedang ‘terbakar’.

Sama juga bila kita terkena api. Kulit akan rasa panas dan reaksi kita adalah dengan mengalihkan tangan. Sepatutnya dah rasa pedas terbakar, otak dah beri signal untuk berhenti makan tetapi kita masih teruskan makan.

Dr Syid Ayob Al Qudi

Kenapa tak sesuai minum air bila makan makanan pedas?

Dr Syid menjelaskan bahawa kaedah meminum air untuk melegakan kepedasan dalam mulut adalah TIDAK SESUAI kerana Capsaicin adalah bersikap ‘non-polar’ atau dari segi kimianya adalah hidrofobik iaitu molekul tidak menyerap air.

Sumber: The Smart Local

Tetapi air kosong yang sering diminum untuk menghilangkan pedas adalah bersifat ‘polar’ atau hidrofilik iaitu molekul menyerap air.

Capsaicin adalah ‘non-polar’. Kalau nak larutkan cecair yang ‘non-polar’, kena cari geng yang ‘non-polar’ juga. Masalahnya air kosong adalah jenis ‘polar’. Jadi air dan capsaicin tak boleh geng.

Dr Syid Ayob Al Qudi

Sebab itu jika anda minum air ketika makan makanan pedas, ianya tidak dapat dilegakan sepenuhnya. Malah, air kosong yang diminum itu akan menyebarkan lagi kepedasan dalam mulut.


Tips untuk hilangkan pedas dengan cepat

Dr Syid mencadangkan untuk meminum cecair yang mempunyai sifat yang sama seperti capsaicin iaitu ‘non-polar’.

Contoh yang terbaik adalah susu atau bahan tenusu yang boleh melarutkan terus Capsaicin di dalam mulut.

Sebab itu banyak negara Asia yang biasa makan makanan pedas atau berempah akan menikmati pencuci mulut berasaskan susu untuk melegakan kepedasan.

Dr Syid Ayob Al Qudi

Pemilihan jenis susu untuk hilangkan pedas

Sumber: Maskulin

Susu mengandungi sejenis protein dipanggil sebagai Casein yang akan menarik molekul Capsaicin untuk melegakan kepedasan.

Tetapi bukan semua jenis susu yang boleh berfungsi seperti ini.

Nak legakan kepedasan, wajib cari susu yang mengandungi Casein seperti susu lembu, yogurt, keju dan sebagainya. Elakkan juga susu badam atau susu soya kerana ianya tidak mengandungi Casein.

Alternatif untuk mereka yang tidak minum susu

Kalau anda sejenis yang tidak minum susu kerana lactose intolarance, alternatif lain adalah dengan mengambil minuman berasid seperti jus epal, jus tomato, jus oren, jus lemon dan sebagainya.

Capsaincin yang bersifat alkali apabila bercampur dengan bahan berasid akan menukarkannya menjadi neutral dan seterusnya boleh melegakan kepedasan.

Tak salah nak makan makanan pedas, tetapi biarlah berpada-pada kerana jika dimakan secara berlebihan boleh menyebabkan iritasi pada usus, gastik dan serangan Gerd.

BACA JUGA: Gadis Hidap Kanser Ovari & Cyst Kerana Kerap Makan Makanan Pedas


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd