Now Reading
Doktor Kongsi Petua Hilangkan Pijar Tangan Guna Bahan Di Rumah. Boleh Cuba Ni!

Doktor Kongsi Petua Hilangkan Pijar Tangan Guna Bahan Di Rumah. Boleh Cuba Ni!

Cili mengandungi komponen capsaicin yang merangsang reseptor sakit dalam badan kita.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pernah tak anda mengendalikan cili dengan cara memotong atau mengeluarkan biji ketika membuat persiapan sebelum memasak?

Kalau pernah, mesti anda perasan rasa pijar pada jari yang menyebabkan kesakitan dalam tempoh beberapa jam selepas menguruskan cili.

Bonus pula kalau anda terpegang mata waktu itu. Memang tak seronok ya!

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menerangkan sains di sebalik kesakitan ini dan cara menanganinya dengan bahan-bahan di rumah.

Dr Kamarul yang juga dikenali sebagai @dr_chaku di Twitter telah memberi jawapan kepada masalah dalam kalangan mereka yang mengendalikan cili dengan tangan tanpa sebarang alas dan menderita akibatnya.

Kenapa kita rasa sakit lepas mengendalikan cili?

Kenapa kita akan rasa pedih selepas mengendalikan cili atau merasainya di dalam mulut selepas makan?

BACA JUGA: McDonald’s Malaysia Beri Komen Tentang Pelanggan Masuk Hospital Akibat Ayam 3X Pedas

Ini kerana cili mengandungi komponen yang dipanggil capsaicin. Tangan dan mulut kita akan berasa seperti melecur kerana komponen ini akan merangsang reseptor sakit dalam badan kita yang bertindak balas terhadap haba.

Kelenjar capsaicin adalah kelenjar yang kita perlu berhati-hati. (Kredit: Birdhouse Chillies)

Apabila capsaicin bersentuhan dengan jari-jari kita yang mempunyai banyak hujung saraf bebas, ini akan mewujudkan tindak balas reseptor sakit sehingga menyebabkan sensasi panas atau rasa pijar.

Rasa itu tidak semestinya menyebabkan kerosakan pada kulit anda seperti haba atau pembakaran kimia, ianya hanya bertindak balas dengan reseptor sakit pada badan.

BACA JUGA: Are Malaysians Who Crave Spicy Food A Glutton For Punishment?

Macam mana nak hilangkan kesakitan itu?

Capsaicin adalah sebatian hidrofobik, tidak berwarna dan berbau serta tiada kemampuan untuk melarut dalam air kerana mempunyai ciri seperti minyak.

Ini bermakna sebatian tersebut menolak air. Jadi, tiada faedah jika anda membasuh tangan menggunakan air.

Malah, boleh memburukkan lagi keadaan apabila capsaicin tersebut merebak di sekitar reseptor sakit yang lain dan menyebabkan rasa pijar itu semakin teruk.

Walau bagaimanapun, capsaicin boleh larut dalam minyak atau lemak. Itulah sebabnya Dr Kamarul memberi cadangan untuk menggunakan beberapa bahan berikut.

1. Susu

Lemak di dalam susu boleh membantu untuk memecahkan sifat minyak capsaicin dan memberikan sedikit kelegaan.

Kredit: Freepik

Susu mempunyai protein yang dipanggil kasein. Molekul kasein boleh menarik molekul capsaisin dan memutuskan ikatan antara capsaicin serta reseptor dalam kulit kita.

Selepas mencelup tangan dalam susu atau menuangnya, basuh tangan dengan air sabun.

2. Minyak

Tuang susu kedengaran macam membazir kan?

Anda juga boleh menggunakan minyak kerana capsaicin larut dalam minyak. Anda boleh cuba menggosok tangan dengan sedikit minyak masak untuk melegakan kesakitan.

Kredit: Pexels

Kemudian, anda perlu membasuh tangan dengan air dan sabun.

3. Cuka

Capsaicin bersifat alkali, maka secara teorinya bahan berasid boleh meneutralkan atau melemahkan kesan tersebut.

Anda boleh mencelupkan tangan di dalam sebatian cuka dan air selama 15 minit.

Alternatif lain adalah anda juga boleh menggunakan minuman berasid yang mengandungi lemon, limau nipis atau nanas. Sos tomato atau air asam jawa juga boleh membantu.

4. Alkohol

Capsaicin juga boleh larut di dalam alkohol.

Oleh itu, anda boleh menggunakan sanitizer tangan yang berasaskan alkohol untuk menyejukkan luka terbakar.

Walau bagaimanapun, anda memerlukan banyak sanitizer kerana hanya jumlah alkohol yang tinggi sahaja boleh membantu menyerap kepedihan capsaicin.

Kredit: Freepik

Anda juga boleh cuba mencelupkan tangan di dalam minuman tinggi kandungan alkohol seperti vodka atau sapu alkohol yang bertindak sebagai pelarut untuk memecahkan minyak pada kulit dalam jumlah yang mencukupi juga.

5. Losyen

Bukan itu sahaja, anda boleh menggunakan losyen yang berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin.

Selepas itu, basuh dengan air sabun untuk menghilangkan losyen yang sudah bercampur dengan capsaicin.

Kredit: Freepik

Selain menggunakan bahan-bahan tertentu, Dr Kamarul memberitahu capsaicin juga boleh dihilangkan dengan geseran. Anda perlu menggosok dengan dengan tuala, berus, garam atau pulpa kelapa parut.

BACA JUGA: How to fix that fiery burn after eating spicy foods

Anda boleh klik [DI SINI] untuk membaca bebenang penuh.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd