Now Reading
Gadis Hidap Kanser Ovari & Cyst Kerana Kerap Makan Makanan Pedas

Gadis Hidap Kanser Ovari & Cyst Kerana Kerap Makan Makanan Pedas

Gadis ini hampir setiap hari makan makanan pedas sehingga pernah ditegur oleh ibunya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Orang Malaysia dengan makanan pedas memang tak boleh dipisahkan.

Kadang-kadang nak makan pun rasa macam tak berselera kalau tak ada menu yang pedas. Makin ‘berapi’, makin laju seseorang itu makan.

Itu tidak kira lagi dengan peluh yang mengalir sehingga ke pipi. Lagi pedas, lagi berselera katanya.

Tidak peliklah masakan Melayu juga banyak menu pedas seperti masak lemak cili padi, asam pedas ikan patin, dan sebagainya.

BACA JUGA: Are Malaysians who crave spicy food a glutton for punishment?

Bukan itu sahaja, zaman sekarang pun sudah banyak makanan pedas yang viral seperti Samyang dan sos korea Gochujang.

Disebabkan makanan viral ini mudah didapati di pasar raya dan secara atas talian, ramai yang mula obses dengan makanan pedas terutamanya Samyang.

Siapa yang pernah makan Samyang je boleh tahu betapa pedasnya hidangan tersebut.

Suka makan pedas punca dapat kanser ovari

Seorang pengguna TikTok @mrshya juga kerap makan pedas sehingga pernah ditegur oleh ibunya.

Namun, semuanya berubah selepas dia mengalami sakit perut yang luar biasa.

Gadis itu segera berjumpa dengan doktor di klinik dan terkejut apabila dia disahkan menghidap kanser ovari dan penyakit cyst.

Selepas apa yang berlaku kepada dirinya, dia menasihatkan orang ramai untuk tidak selalu makan makanan pedas.

Gadis tersebut memberitahu bahawa punca kanser yang dihidapinya adalah kerana dia mempunyai tekanan darah rendah dan juga gastrik.

Kredit: TikTok @mrshya
https://www.tiktok.com/@mrshya/video/7023200928824053019?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8iR0rTKieky%2BGSO3Efbava%2FJCilfirDNpnlge0sJA%2FbP%2BYVL%2FEyZKMp9APhK5fTH9aoKUVu7WH%2BtTN%2Bn4GgA%3D&language=en&mid=6992651191322692358&preview_pb=0&region=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=7023200928824053019&source=h5_t&timestamp=1635478084&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1

Netizen ambil pengajaran untuk kurangkan makan makanan pedas

Di ruangan komen video tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet.

Salah satunya adalah komen daripada seorang Pakar Nutrisi mengenai keburukan makanan segera.

Kredit: TikTok @mrshya

Ada juga yang pernah melalui pengalaman sama dan memberi nasihat kepada orang ramai untuk tidak selalu makan makanan yang pedas kerana boleh memudaratkan kesihatan diri.

Kredit: TikTok @mrshya
Kredit: TikTok @mrshya

Tak salah nak makan pedas, tapi sekali-sekala bolehlah. Kalau selalu dimakan, risau juga usus dalam perut kita ‘berapi’ nanti.

Tak pasal-pasal kena masuk hospital kerana dapat penyakit pula. Bak kata orang tua, lebih baik mencegah daripada mengubati.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd