Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Baru-baru ini, tokoh korporat ternama Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 7.45 pagi hari ini (25 Julai).
Memetik laporan Astro Awani, anak kepada pengasas syarikat hartanah MK Land iaitu Felina memaklumkan ayahnya menghembuskan nafas terakhir pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN) akibat sakit tua.
Allahyarham berusia 73 tahun dikhabarkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Buat masa ini, jenazah ayah saya masih di Institut Jantung Negara (IJN) dan kami sekeluarga akan buat persiapan untuk proses selanjutnya.
Felina binti Tan Sri Mustapha Kamal.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.