Now Reading
Mardhiyyah Hotel & Suites Diiktiraf Sebagai Penginapan Mesra Muslim (MFAR)

Mardhiyyah Hotel & Suites Diiktiraf Sebagai Penginapan Mesra Muslim (MFAR)

Mardhiyyah Hotel & Suites dinilai dan disahkan memenuhi keperluan Universal Crescent Standard Centre (UCSC) Islamic Quality Standard For Hotel dengan penarafan 7IQS.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 14 Julai lalu, Majlis Pelancaran Mardhiyyah Hotel & Suites telah diadakan di Dewan Perdana, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam. Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Hajah Nancy Shukri.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Hajah Nancy Shukri.
(Sumber: Mardhiyyah Hotel & Suites)

Mardhiyyah Hotel & Suites Diiktiraf Penginapan Mesra Muslim (MFAR), Kategori Platinum

Untuk pengetahun umum, Mardhiyyah Hotel & Suites telah mendapat Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR) Kategori Platinum oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui ITC.

Pengiktirafan Anugerah Platinum MFAR ini sebagai hotel ‘Mesra Muslim’ dengan peralatan dan kemudahan patuh syariah. Memenuhi kriteria pelancongan yang mesra Muslim, ia juga mempunyai restoran halal disahkan oleh JAKIM.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC), Datuk Dr. Mohmed Razip Hasan, wakil Badan Kerajaan dan Swasta, Rakan Korporat dan Pengurus Besar hotel di sekitar Shah Alam.
(Sumber: Mardhiyyah Hotel & Suites)

Selain itu, Mardhiyyah Hotel & Suites dinilai dan disahkan memenuhi keperluan Universal Crescent Standard Centre (UCSC) Islamic Quality Standard For Hotel dengan penarafan 7IQS.

Ia membuktikan hotel ini memenuhi kriteria memiliki Chef beragama Islam (untuk memastikan pengetahuan halal toyyiban dalam penyediaan makanan), Penasihat Syariah, Jawatankuasa Syariah dan Pemilik Muslim.


Identiti Berteraskan Operasi Islamik

Majlis Pelancaran hotel sebagai Mardhiyyah Hotel & Suites sejak 1 Februari 2021 diadakan selari dengan hasrat hotel untuk mengekalkan identiti berteraskan operasi Islamik.

(Sumber: Mardhiyyah Hotel & Suites)

Hotel bertaraf 5 bintang berkonsepkan Mesra-Muslim ini mencapai pengiktirafan sebagai “Muslim-friendly Hotel of the Year” di majlis “Halal in Travel Awards” anjuran Crescent Rating sempena “Halal in Travel Global Summit 2022” di Singapura, baru-baru ini.

Datuk Seri Hj Mohamed Rafik Hj Mohd Idris Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel & Suites dalam ucapannya menzahirkan rasa syukur dengan Majlis yang diraikan ini dapat dijalankan serta memperoleh sokongan  dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Alhamdulillah, dengan berkat usaha ini kami berjaya merealisasikan hasrat untuk melaksanakan Majlis Pelancaran Mardhiyyah Hotel & Suites di samping menyahut harapan untuk membawa industri pelancongan islam negara ke pasaran antarabangsa.

Datuk Seri Hj Mohamed Rafik Hj Mohd Idris Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel & Suites.
(Sumber: Mardhiyyah Hotel & Suites)

Untuk rekod, Mardhiyyah Hotel & Suites merupakan hotel patuh Syariah bertaraf 5 bintang terbaharu di Malaysia telah mula menerima tetamu sejak awal Februari 2021.

Nama jenama ‘Mardhiyyah’ diambil daripada perkataan Arab bermaksud Yang Diredhai. Ia dicetuskan oleh pemilik, Datuk Seri Haji Mohamed Rafik Haji Mohd Idris yang juga Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel Sdn Bhd.

BACA JUGA: Mardhiyyah Hotel & Suites Anjur Majlis Buka Puasa Bersama Anak-anak Yatim 


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd