Now Reading
Mardhiyyah Hotel & Suites Anjur Majlis Buka Puasa Bersama Anak-anak Yatim

Mardhiyyah Hotel & Suites Anjur Majlis Buka Puasa Bersama Anak-anak Yatim

Majlis ini turut membawa kegembiraan dan senyuman anak-anak ini apabila mereka diberikan hadiah duit raya dan saguhati sumbangan Mardhiyyah Hotel & Suites.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS) bersama Yayasan Abadi menganjurkan satu Majlis Amal Nur Kasih Ramadan bersama Anak-Anak Yatim di Dewan Rebana, Aras 1 pada 13 April 2022 lalu.

Sejumlah 100 orang anak yatim dari Teratak Nur Barakah dan Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Solihin (RYAS) dijemput ke majlis yang bermakna ini.

Ramadhan ialah bulan suci yang menggalakkan semua umat Islam untuk sentiasa melakukan amal jariah kepada golongan yang lebih memerlukan.

Majlis berbuka puasa amal ini merupakan sebuah majlis tahunan yang diadakan oleh MHS dan Yayasan Abadi sempena Ramadan untuk menceriakan anak-anak yatim dan menjadikan bulan Ramadan mereka lebih bermakna.

Selain itu, majlis amal berbuka puasa ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk menggalakkan semangat memberi. Anak-anak ini turut dirai dengan pelbagai pilihan menu masakan antarabangsa & tempatan di Bufet Warisan Bonda hotel ini sendiri.

Sempena Ramadan, kami mendekati golongan yang memerlukan dengan memberi sumbangan makanan, hadiah dan duit raya untuk menghidupkan semangat ingin beramal dan sifat murah hati. Alhamdulillah, kami amat bersyukur dapat menganjurkan majlis berbuka puasa amal bersama anak-anak yatim semasa Ramadan ini memandangkan ia akan menjadi rancangan tahunan kami untuk menjemput anak-anak yatim dan menggembirakan mereka dengan menu bufet kami.

Pengarah Urusan MHS, Dato’ Seri Hj. Mohamed Rafik Bin Hj. Mohd Idris.

Dalam pada itu, Pengarah Yayasan Abadi Tuan Hj. Mohd Ihsan Fadhli Bin Che Min berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Harapan Yayasan Abadi semoga kerjasama bersama Mardhiyyah Hotel & Suites dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang. Dengan itu, kita dapat meraikan lebih ramai anak yatim dan golongan yang memerlukan.

Pengarah Urusan MHS, Dato’ Seri Hj. Mohamed Rafik Bin Hj. Mohd Idris.
Majlis ini turut membawa kegembiraan dan senyuman anak-anak ini apabila mereka diberikan hadiah duit raya dan saguhati sumbangan Mardhiyyah Hotel & Suites.
Majlis ini diteruskan dengan sesi bergambar bersama anak-anak yatim untuk mengabadikan detik-detik indah ini.

Acara kemuncak majlis ini dimulakan selepas solat Maghrib berjemaah iaitu anak-anak yatim ini berpeluang menikmati pelbagai juadah dengan pelbagai pilihan menu masakan antarabangsa dan tempatan serta pelbagai pilihan pencuci mulut.

Alhamdulillah. Kami sendiri nampak senyuman lebar yang terukir di bibir anak-anak ini.


Bufet Warisan Bonda 2022.

Dengan berbaki beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya, apa kata anda berkunjung ke Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam untuk sesi berbuka puasa bersama keluarga tercinta.

Bufet Warisan Bonda 2022 di Mardhiyyah Hotel & Suites berkonsepkan ‘Warisan Bonda’ menyediakan pelbagai menu tempatan dan antarabangsa.

Bermula 7pm – 10pm dari 4 April 2022 hingga 1 Mei 2022.

Harga RM145.00 bersih seorang untuk dewasa dan RM 110.00 bersih warga emas dan RM 90.00 bersih setiap kanak-kanak. Manakala untuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harganya adalah RM 200.00 bersih untuk 1 dewasa dan 1 kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.mardhiyyahhotel.com.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd