Now Reading
Mengidam Nasi Kandar? Ini 5 Kedai Di Pulau Pinang Yang Anda Patut Cuba

Mengidam Nasi Kandar? Ini 5 Kedai Di Pulau Pinang Yang Anda Patut Cuba

Walaupun satu hidangan yang sama iaitu Nasi Kandar, tetapi ada macam-macam kedai yang anda boleh cuba di Pulau Pinang.

nasi kandar pulau pinang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila sebut nasi kandar, boleh terbayang kuah pekat yang ‘banjir’ dalam pinggan. Fuh, terliur pula! Hidangan ini yang terkenal di negeri sebelah utara iaitu Pulau Pinang akan sentiasa menjadi tarikan para pelancong terutamanya yang belum pernah merasainya.

Ikutkan anak tekak penulis, sekali rasa memang nak lagi. Kalau boleh dari sarapan hingga makan malam, nak nasi kandar je.

Bukan sahaja di Malaysia, malah hidangan ini juga terkenal di Jepun juga. Memang dahsyat penangan nasi kandar sehingga ke negara matahari terbit pun menjadi kegilaan masyarakat.

BACA JUGA: Kedai Nasi Kandar Pertama Di Tokyo Laku Keras

Kepada anda yang bercadang untuk ke Pulau Pinang dan ingin merasai sendiri hidangan nasi kandar, jom terokai beberapa kedai yang popular.

Antaranya:

1. Shariff Nasi Kandar, Gelugor

Sumber: Twitter

Berdasarkan pengalaman yang dikongsikan oleh salah seorang pelanggan yang pernah menjamu selera di sini, jumlah hidangan dengan kari sotong bersaiz sederhana, daging dan telur goreng hanya RM5.60. Bukan itu sahaja, lauk ayam masak merah yang diambil juga bersama kari ikan serta kacang buncis hanya RM4. Murah betul ni!

Nasi yang diambil cuma sepinggan tetapi lauk pula rambang mata sampai tak tahu nak pilih yang mana. Ingatkan bila shopping je macam ini.

Waktu operasi: Setiap hari (5.30PM – 9.30PM)

Lokasi: 159, Jalan Permai Taman Brown, Gelugor 7, 11700 George Town, Pulau Pinang.

2. Nasi Kandar Jamal Mohamed (Pokok Ketapang), Butterworth

Kalau nak menjamu selera di sini pada waktu malam, seawal jam 5 petang dah mula kena beratur kerana waktu inilah lauk-lauk kegemaran ramai yang baru dimasak akan dikeluarkan. Datang makan tengah hari di sini pun boleh tahan kenyang juga nak sambung buat kerja selepas itu.

Antara lauk yang menjadi kegemaran adalah ayam bawang. Roti canai pun katanya sedap juga di sini.

Waktu operasi: Setiap hari (24 jam)

Lokasi: 4846, Jalan Kampung Benggali, Kampung Benggali, 12000 Butterworth, Pulau Pinang.

3. Nasi Kandar Merlin, Georgetown

Terletak di bawah Hotel Merlin, kedai nasi kandar ini antara yang terkenal dan ‘recommended‘ oleh penduduk Pulau Pinang. Penulis sendiri pernah berkunjung ke Nasi Kandar Merlin dan memang ‘tip top’!

Antara lauk di sini yang boleh membuatkan anda kenyang sampai ke malam adalah nasi bersama campuran kuah kari ikan dan ayam masak hitam, bendi, ayam goreng serta telur rebus. Minum pula kopi ais, memang padu!

Waktu operasi: Setiap hari (8AM – 3PM)

Lokasi: 1A, Union St, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang.

4. Nasi Kandar Imigresen

Walaupun hanya sekadar gerai biasa yang kecil, tetapi lauk nasi kandar yang dijual boleh memukau anda. Bukan sekadar para pelancong, penduduk tempatan Pulau Pinang sendiri pun turut sama beratur untuk menjamu selera.

Kebanyakan review berpendapat lauk ayam Rose, ayam goreng dan bawang goreng sebagai pelengkap cukup menyelerakan.

Waktu operasi: Setiap hari (9AM – 7PM)

Lokasi: 8, Lorong Pasar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang.

5. Nasi Kandar Raffee, Pulau Tikus

Boleh dikatakan hampir kesemua kedai nasi kandar akan beratur panjang. Walaupun situasi yang sama di sini tetapi servis mereka sangat pantas dan masa menunggu juga tidak terlalu lama.

Ayam goreng di sini ada nama istimewanya iaitu ‘Devil Chicken‘. Lain macam kan? Lauk lain yang menjadi pilihan orang ramai adalah kuah ikan biji nangka. Telur rebus serta bendi di sini juga segar-segar.

NOTA KAKI: Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri.

Waktu operasi: Setiap hari (7AM -11PM)

Lokasi: 295-A, Jalan Burma, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang.


Kalau pergi Pulau Pinang tapi tak makan nasi kandar, memang rugi sangat! Alang-alang kita melancong ke negeri lain, apa salahnya kita cuba hidangan tempatan mereka yang unik kan?

Jika anda tak berapa selesa untuk ‘dine-in’, jangan risau kerana kebanyakan kedai boleh bungkus untuk dibawa balik. Nak lagi best, pergilah makan tepi pantai. Syok tu sambil layan angin.

BACA JUGA: 7 Unique And Exotic Foods That Can Be Found In Malaysia


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd