Doktor Dedah Kes Kanak-kanak Tertelan Duit 50 Sen Dalam Salur Pernafasan
Doktor pakar itu memberitahu bahawa kanak-kanak berusia tujuh telah tertelan duit syiling sebesar 50 sen ke dalam salur pemakanan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Kejadian kanak-kanak tertelan duit syiling bukanlah insiden yang asing di negara kita kerana boleh dikatakan beberapa kali juga pernah berlaku.
Aksi yang berbahaya ini agak merisaukan kerana perbuatan anak-anak kecil tersebut boleh berlaku dengan sangat pantas tanpa disedari oleh ibu bapa.
Ada yang katanya tertelan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Bahaya tu.
Pada waktu itu, pastinya ibu bapa akan cemas selepas mendapati anak mereka tertelan bendasing yang keras ke dalam tubuh badan.
Kanak-kanak tertelan syiling 50 sen
Baru-baru ini, seorang Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) iaitu Dr Mohd Shaiful Nizam berkongsi di laman Twitter miliknya tentang kes seorang anak kecil berusia tujuh tahun tertelan duit syiling sebesar 50 sen yang dikendalikan olehnya.
Soalan pertama yang ditanyakan tentang pesakit adalah sama ada dia sesak nafas atau tidak.
Ini kerana keadaan akan menjadi lebih berbahaya jika syiling tersebut tersalah masuk ke dalam salur pernafasan berbanding salur pemakanan.
"Bos.. ada referral dari kecemasan ni.. budak 7 tahun tertelan duit syiling" – Kata MO saya yg Oncall.
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) March 27, 2022
"Bagaimana keadaan pesakit? Ada SUSAH NAFAS ke? Neck Xray finding die apa?" – Balasku ringkas.
"Alhamdulillah. Pesakit stable. Xray nmpk ada kat esophagus"
Alhamdulillah.
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) March 27, 2022
Antara kerisauan utama Pakar ENT jika ada budak tertelan bendasing adalah MASUK ke dalam SALURAN PERNAFASAN, bukan saluran pemakanan(esophagus).
Jika termasuk dlm SALURAN PERNAFASAN, pesakit boleh mengalami sesak nafas & boleh membawa kematian pic.twitter.com/ViTiugmCEw
Selepas beberapa prosedur dilakukan, pembedahan untuk mengeluarkan duit syiling tersebut berjaya dilakukan dengan selamat tanpa sebarang komplikasi.
Untuk pesakit ini, urusan pembedahan mengeluarkan duit syiling yang tersangkut disaluran esophagus dipermudahkan tanpa sebarang komplikasi yang serius. Hanya mengambil masa beberapa minit shj dibawah bius penuh (GA) pic.twitter.com/PqsUhpNO1B
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) March 27, 2022
Menurut doktor berkenaan, itu adalah saiz duit syiling yang paling besar yang pernah dikeluarkan olehnya jika dibandingkan dengan pesakit-pesakit sebelum ini.
Alhamdulillah. Duit syiling 50sen berjaya dikeluarkan.
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) March 27, 2022
UNTUK REKOD, INI ADALAH NILAI SYILING TERBESAR BUAT SAYA SELAMA MENGELUARKAN DUIT SYILING PESAKIT SEBELUM2 INI.
(Kebanyakan sebelum ini adalah nilai 10 sen & 20 sen) pic.twitter.com/9A2tXupkfI
Nasihat untuk ibu bapa
Selepas melihat insiden yang sama kerap kali berulang, doktor ini menasihatkan ibu bapa untuk sentiasa memantau dan mengawai tingkah laku anak-anak terutamanya yang masih kecil.
Ibu bapa juga perlu mengawal tingkah laku masing-masing supaya tiada aksi bahaya yang ditiru oleh anak-anak kecil mereka.
Buat Ibu/Bapa/Penajag… SENTIASALAH AWASI permainan anak2 anda.
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) March 27, 2022
❎ Elakkan memberi mainan kecil kpd anak2 yang suka masukkan sesuatu ke dalam mulut mereka.
❎ Jangan ajar anak2 bermain magic, hilangkan benda ke dalam mulut.
❎Elakkan bergurau ketika ada benda didalam mulut. pic.twitter.com/NMAxVlHV7o
Kalau ada anak-anak anda didapati tertelan bendasing dan mereka berkelakuan agak pelik, segera bawa ke hospital bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.