Now Reading
Pengguna Twitter Ini Dedah Cara Elak Kenal Pasti ‘Job Scam’ Di Internet

Pengguna Twitter Ini Dedah Cara Elak Kenal Pasti ‘Job Scam’ Di Internet

Taktik ‘job scam’ ini pernah berlaku sebelum ini melibatkan syarikat seperti Shopee.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Zaman sekarang ini macam-macam jenis taktik yang scammer sudah cuba untuk mendapatkan maklumat daripada mangsa.

Sebelum ini, jenayah scammer kembali menular selepas mereka menggunakan taktik terbaharu iaitu menelefon mangsa dengan nombor bermula dengan +603 dan ‘berlakon’ sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Untuk membuatkan mangsa lebih mudah percaya, nombor tersebut juga memberitahu lokasi mereka yang berada di Putrajaya.

BACA JUGA: Scammer LHDN Tukar Taktik Guna Nombor Telefon Pejabat. Hati-hati!

Hati-hati dengan ‘job scam’

Antara taktik lain yang digunakan oleh penjenayah bagi mendapatkan maklumat daripada mangsa adalah dengan ‘job scam’.

Difahamkan, ada yang pernah mendapat mesej daripada syarikat terkemuka seperti Shopee dan menerima tawaran pekerjaan.

BACA JUGA: Shopee Nafi Tawar Pekerjaan Menerusi SMS, Jika Anda Terima Bererti Ianya Scam

Bagi mengelakkan anda daripada tertipu dengan taktik scammer ini, seorang pengguna Twitter (Farid Affy) telah berkongsi beberapa tips bagi mengenal pasti sama ada tawaran pekerjaan itu benar atau tidak.

Antara perkara yang anda perlu beri perhatian adalah seperti berikut:

1. Terus dapat kerja tanpa perlu temuduga

Kebiasaannya, pihak HR akan mengadakan temuduga terlebih dahulu untuk memastikan sama ada seseorang itu layak bekerja di syarikat mereka atau tidak.

Tapi kalau baru hantar resume dan terus ditawarkan kerja tanpa temuduga, pelik jugalah.

Sumber: SHRM

2. Penerangan tawaran kerja yang terlalu ingkas

Taktik scammer untuk menarik lebih ramai mangsa adalah dengan meletakkan penerangan yang ringkas dan membuatkan ramai berfikir mereka layak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.

3. Tiada maklumat syarikat di internet

Setiap syarikat yang berdaftar mesti akan ada maklumat di internet, betul tak? Paling tidak pun mereka akan ada akaun media sosial.

4. Kena bayar deposit untuk pendaftaran

Pelik juga kalau tiba-tiba ada syarikat yang minta kita bayar duit deposit untuk urusan pendaftaran, kan?

5. Guna alamat E-mel domain biasa

Boleh dikatakan hampir semua syarikat mesti akan ada alamat E-mel menggunakan nama syarikat dan bukannya seperti yahoo atau gmail.


Apa nak buat bila dapat ‘job scam’?

Inilah yang perlu anda lakukan jika anda pernah menerima teks ini:

  • SEMAKMULE – Serahkan nombor telefon yang menghantar teks atau nombor akaun bank yang dilampirkan padanya untuk menyemak sama ada mereka terlibat dalam sebarang jenayah komersial.
  • Talian Maklumat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) – Hantar mesej WhatsApp JSJK PDRM di 013-2111222. Ia boleh dilakukan dari 8:00AM hingga 12:00AM setiap hari.
  • CCID Scam Response Centre – Hubungi CCID di 03-26101559 atau 03-26101599. Talian dibuka setiap hari dari 8:00AM hingga 8:00PM.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd