AEON Naikkan Gaji Minimum Pekerja Kepada RM1,500
AEON Malaysia umum kenaikan gaji minimum dengan harapan dapat membantu meringankan kos sara hidup pekerja mereka.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Rangkaian pasar raya terkemuka AEON Co dan AEON BiG baru-baru ini telah menaikkan gaji minimum pekerja Gred G kepada RM1,500 sebulan daripada RM1,200 berkuat kuasa 1 Januari 2022 iaitu lebih awal daripada tarikh disyorkan kerajaan.
Pihak AEON memaklumkan jumlah tersebut adalah gaji pokok dan tidak termasuk elaun atau insentif lain.
Syarikat itu menaikkan gaji minimum dengan harapan dapat membantu meringankan kos sara hidup pekerja mereka.
Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepentingan dan kebajikan mereka untuk membantu meringankan kos sara hidup serta menyokong saranan kerajaan dengan melaksanakannya lebih cepat.
Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON Malaysia, Dr Kasuma Satria Mat Jadi.
Sebelum ini, AEON telah menaikkan gaji minimum daripada RM1,100 kepada RM1,200 sebulan pada 1 Februari 2020 semasa pembentangan Bajet 2020.
Tak semua orang setuju dengan kenaikan gaji minimum
Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata gaji minimum perlu dinaikkan kepada RM1,500 secepat mungkin sebelum akhir tahun ini.
Namun, keputusan tersebut masih terletak pada Kabinet.
BACA JUGA: Minimum Wage Expected To Be Raised To RM1,500 Before The Year Ends
Di sebalik faedah kenaikan gaji minimum, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menyuarakan kebimbangan tentang perkara itu dan menggesa kerajaan untuk membatalkan cadangan tersebut.
Presiden MEF Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata kebanyakan perniagaan di Malaysia adalah perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang berkemungkinan tidak mampu untuk menaikkan gaji minimum.
Sebaliknya, Syed Hussain memberi cadangan supaya kerajaan beri tumpuan kepada pemulihan perniagaan dan mengawal kenaikan kos untuk membantu rakyat.
BACA JUGA: RM1,500 Minimum Wage “Will Kill Businesses,” Says MEF President
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.