Now Reading
[Video] Netizen Mulai Gusar Wanita Tak Dikenali Ketuk Pintu Rumah Minta Duit

[Video] Netizen Mulai Gusar Wanita Tak Dikenali Ketuk Pintu Rumah Minta Duit

Sampai ke rumah pula sekarang. Sebelum ini, di tepi-tepi jalan sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, sejak kebelakangan ini telah tularnya kes di mana kelibat kanak-kanak berstatus pelarian berlegar di kawasan sekitar ibu kota yang menjadi ‘port’ mereka untuk melakukan kegiatan meminta sedekah.

BACA LANJUT: [Watch] Child Beggars Caught The Attention Of Netizens After Several Videos Went Viral

Malah, menerusi video tular baru-baru ini – kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berjalan menghampiri sebuah kereta kemudian mengetuk pintu dan tingkap sambil menunjukkan jari telunjuknya dengan wajah bengis.

Dia turut bertindak agresif ketika meminta sedekah di lokasi lain dalam satu rakaman video yang berlainan.

Kredit: Twitter

Walau bagaimanapun, dipercayai kesemua kanak-kanak tersebut sudah dicekup oleh pihak berkuasa susulan menerima banyak rungutan daripada orang awam.


Belum setel hal kanak-kanak minta duit, kini wanita tidak dikenali pula ketuk pintu rumah?

Makin lama, makin kasar dan bahaya.

Seorang pengguna TikTok @idaaleesa memuat naik satu klip video pendek menerusi aplikasi tersebut yang menunjukkan seorang wanita tidak dikenali sedang berada di hadapan pintu rumahnya untuk meminta sedekah.

Kejadian tersebut berlaku di kediamannya di Terengganu.

Menerusi komen yang ditambah oleh wanita itu, terdapat dua orang wanita yang datang pada ketika itu, manakala seorang lagi terlindung di sebalik dinding bahagian luar.

Perkara itu turut membuatkan dirinya tidak selesa dan berasa takut.

Tonton video penuh di bawah:

@idaaleesa kaum wanita rohingya memang mintak sedekah pergi rumah ke rumah eh? #thisisterengganu ♬ الصوت الأصلي – R

Mana tak takut, tiba-tiba terpacak di hadapan rumah.

Dia turut mempersoalkan sama ada tindakan ini sering dilakukan oleh golongan berkenaan – di mana mereka akan datang dari rumah ke rumah untuk meminta sedekah.

Makin lama makin agresif dan berani

Menjengah di ruangan komen video tersebut, warganet turut mengakui mereka semakin risau melihat situasi berkenaan.

Sampai ke rumah pula sekarang. Sebelum ini, di tepi-tepi jalan sahaja.

Ramai juga yang memberikan nasihat supaya orang ramai lebih berjaga-jaga dan sentiasa kunci pintu apabila berada di rumah tanpa ketua keluarga.

Manalah tahu jikalau mereka ini bertindak luar kawalan gara-gara terlalu terdesak.

Lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd