Dos Penggalak Pfizer & Astrazeneca Dipendek Iaitu Selepas 3 Bulan Vaksin Primer
Sebelum ini tempohnya ialah enam bulan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sela masa bagi penerima vaksin Pfizer dan Astra Zeneca (AZ) untuk dos penggalak disingkatkan kepada tiga bulan berbanding enam bulan sebelum ini.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bagaimanapun menjelaskan bahawa sela masa bagi penerima vaksin Sinovac pula kekal tiga (3) bulan.
Menurut KJ, bukti kukuh yang terkumpul sejak tiga minggu lalu menunjukkan vaksin penggalak Covid-19 berkemungkinan meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan varian Omicron.
BACA JUGA: Varian Omicron ‘Tiba’ Di Malaysia Selepas Kes Pertama Dikesan – KJ
Hasil kajian awal membabitkan 21 juta pemberian dos penggalak yang dijalankan di United Kingdom menunjukkan data keselamatan yang amat meyakinkan, jelas KJ.
Badan Regulatori seperti di UK, Kanada dan Australia serta panel pakar kesihatan kini mengesyorkan sela masa bagi vaksinasi dos penggalak boleh diberi seawal tiga bulan selepas menerima vaksin primer.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Dengan ini, jelasnya, kesemua penerima vaksin berumur 18 tahun ke atas akan mendapat suntikan dos penggalak tiga (3) bulan selepas suntikan kedua.
Berdasarkan tweet oleh Institut Penyelidikan Klinikal, dos penggalak jenis Pfizer akan diberikan kepada semua penerima vaksin dengan Moderna diberikan pengecualian.
Saranan Dos Penggalak oleh Kumpulan Kerja Teknikal Bagi Vaksinasi Dos Penggalak (Booster Dose), @KKMPutrajaya #COVID19 #vaksin #dospenggalak #vaksinasi pic.twitter.com/iCLCPaxiUi
— Institute for Clinical Research (ICR), NIH MY (@ICR_NIH) December 28, 2021
Khairy berkata temu janji akan diberikan kepada penerima yang layak dengan keutamaan diberikan berdasarkan umur dan tahap kesihatan mereka.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.