Now Reading
Kes Kedua Varian Omicron Di Malaysia Telah Dikesan

Kes Kedua Varian Omicron Di Malaysia Telah Dikesan

Kes kedua Omicron ini dikesan daripada seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang tinggal dengan keluarganya di Lagos, Nigeria.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada 3 Disember lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjelaskan bahawa varian Omicron telah ‘tiba’ di Malaysia selepas kes pertama dikesan.

Kes tersebut melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021.

BACA LANJUT: Varian Omicron ‘Tiba’ Di Malaysia Selepas Kes Pertama Dikesan – KJ

Kes kedua muncul

Walau bagaimanapun, KKM hari ini mengesahkan kes kedua Omicron dikesan daripada seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang tinggal dengan keluarganya di Lagos, Nigeria.

Kanak-kanak tersebut tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Doha, Qatar di mana mereka transit dari Nigeria.

Dia dan keluarganya menjalani ujian RT-PCR Covid-19 semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: Mohd Yusof Mat Isa/Malay Mail)

Keputusan ujian RT-PCR kes semasa ketibaan didapati positif Covid-19 pada 7 Disember 2021.

Kes tidak mempunyai gejala dan diarahkan menjalani isolasi di rumah selama 14 hari.

Seminggu selepas itu, jujukan genom penuh (WGS) dijalankan melalui ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan selanjutnya ke atas sampel kanak-kanak tersebut telah disahkan varian Omicron pada 14 Disember 2021.

Ujian ke atas ibu dan adik perempuannya sama ada sebelum berlepas ke Malaysia, semasa ketibaan, pada hari kelima dan pada hari kesebelas menunjukkan keputusan negatif.

Pemandu teksi negatif

Walau bagaimanapun, 35 penumpang penerbangan sama serta pemandu teksi disahkan negatif selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat.

KKM menjelaskan bahawa 18 kes lagi sedang menunggu keputusan PCR Genotyping Assay untuk mengesahkan sama ada mereka dijangkiti varian Omicron.

Keputusan ujian dijangka akan diperolehi esok (17 Disember).


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd