Now Reading
Dari RM2 Ke RM20: Rakyat Berang Bayaran Di Parkir Stadium Bukit Jalil Meroket

Dari RM2 Ke RM20: Rakyat Berang Bayaran Di Parkir Stadium Bukit Jalil Meroket

Kejadian ini didapati berlaku pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Bukit Jalil.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Nampaknya, semua benda nak naik harga sekarang ini.

Minyak masak, makanan laut, ayam dan sayur-sayuran semuanya mencapai rekod tertinggi.

Sementara itu, bayaran tempat letak kereta juga dilihat meningkat dan yang pastinya berita ini tidak disukai oleh rakyat Malaysia kerana majoriti mereka memiliki kereta.

Laporan media China Sin Chew menjelaskan rakyat terkejut apabila pergi ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021.

Setibanya di sana, individu tersebut terkejut apabila mendapati tempat letak kereta yang sebelum ini hanya RM2 meningkat kepada RM20!

Walaupun permainan bermula jam 9 malam, beberapa penonton telah tiba seawal jam 4 petang.

Apabila menyedari bayaran parkir yang dikenakan terlalu tinggi, mereka terus memuat naik beberapa hantaran di media sosial bagi mengingatkan penonton yang lain supaya menaiki pengangkutan awam.

Pengguna TikTok @Faizaljurani_ menyiarkan video time-limited yang menunjukkan resit bukti bayaran parkir berkenaan.

Untuk mereka yang nak bawa kereta untuk ke stadium, ini harga parking ya. Saya cadangkan untuk guna pengangkutan awam. Melainkan anda berkemampuan.

Pengguna TikTok @Faizaljurani_
Tangkapan skrin resit bayaran parkir RM20.
(Sumber: TikTok)

Jika dilihat dari gambar yang disebarkan di Internet, resit bayaran letak kereta sememangnya berjumlah RM20!

Netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati tentang isu ini.


Siapa yang dapat untung?

Di samping itu, beberapa netizen menegaskan, oleh kerana kerana bayaran letak kereta adalah RM20 setiap kereta, pengurusan tempat letak kereta akan mengaut keuntungan yang besar.

Walaupun sukar untuk meneruskan perniagaan disebabkan impak pandemik dan kenaikan harga barang, harga yang tidak munasabah juga akan merugikan pengguna serta rakyat Malaysia.

BACA JUGANo Relief: Prices Of Essential Goods Expected To Keep Rising

Setakat 1 Disember, pihak pengurusan parkir masih belum memberi maklum balas mengenai perkara ini.

Adakah anda merasakan kenaikan harga sedemikian adalah munasabah?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd