Now Reading
Scombrotoxin Punca Badan Naik Gatal Lepas Makan Makanan Laut

Scombrotoxin Punca Badan Naik Gatal Lepas Makan Makanan Laut

Keracunan Scombrotoxin berlaku disebabkan makanan laut terdedah pada suhu bilik terlalu lama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila sebut sahaja makanan laut, memang ramai akan terbayang ikan, sotong, udang, ketam, lala, siput sedut dan banyak lagilah.

Lebih-lebih lagi apabila hidangan itu dijadikan lauk dan dimakan dengan nasi panas.

Fuh, memang terliur bila cakap tentang makanan ni.

Pernah tak anda tengah seronok menikmati makanan laut, tiba-tiba badan jadi gatal dan naik ruam?

Selama ni kalau makan elok sahaja. Tak ada pula naik ruam atau sebagainya.

Pelik juga tu.

Makanan laut juga mungkin terdedah dengan Scombrotoxin

Segelintir individu memang sukakan makanan laut tetapi apabila badan naik-naik ruam, jadi tak seronok pula nak makan, risau pun ada.

BACA JUGA: “Boleh Lumpuh Jika Makan” – Orang Ramai Digesa Elak Makan Kerang Dari Sungai Geting, Kelantan

Baru-baru ini, seorang ahli kimia yang dikenali sebagai Dr Che Puteh Osman berkongsi di laman Twitter miliknya mengenai punca ruam-ruam gatal yang terjadi selepas makan makanan laut.

Menurutnya, perkara itu terjadi disebabkan makanan laut yang dimakan tercemar dengan toksin yang disebut sebagai Scombrotoxin atau Histamin.

Kredit: Twitter @drcheputeh

Histamin yang terhasil disebabkan oleh makanan laut disimpan pada suhu bilik dalam tempoh agak lama dan terdedah dengan bakteria yang boleh menghasilkan enzim histidine.

Kredit: Twitter @drcheputeh

Enzim histidine yang banyak dijumpai di dalam ikan akan bertukar kepada histamin apabila terdedah dengan bakteria pada suhu bilik.

Kredit: Twitter @drcheputeh

Contoh ikan yang mempunyai histidine adalah ikan tuna, ikan kembung, ikan selayang dan ikan pelaling.

Kredit: Twitter @drcheputeh

Individu yang terdedah dengan scombrotoxin ini boleh terkena gejala seakan-akan alahan iaitu naik ruam dan bengkak mata.

Kredit: Twitter @drcheputeh

Keracunan scombrotoxin ini boleh dielakkan dengan cara memastikan makanan laut itu disimpan di dalam suhu yang sejuk dan tidak terdedah dengan suhu bilik terlalu lama.

Kredit: Twitter @drcheputeh

Ramai baru tahu tentang Scombrotoxin

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati netizen juga baru mengetahui tentang kewujudan scombrotoxin yang menyebabkan sesetengah mereka mengalami alahan.

Sekarang baru ramai yang tahu kenapa kadang-kadang badan mereka naik ruam-ruam merah dan gatal.

Perkongsian tweet tersebut telah berjaya meraih 825 retweet setakat artikel ini ditulis.

Kredit: Twitter @drcheputeh
Kredit: Twitter @drcheputeh

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd